Chapter 11 : Penempatan Baru.

1.8K 184 0
                                    

Selepas menerima briefing dari pegawai bertugas dia dan ahli pasukan yang lain telah di guide ke ruang masing-masing. Pembahagian bilik sangat la mudah sebab setiap seorang dapat bilik sendiri dan tak perlu berkongsi. Selesai agihkan bilik, mereka di pecahakan kepada tiga kumpulan untuk di beri tour guide oleh tiga orang pegawai bertugas. Dan sepanjang tour guide itu pelbagai tempat dan perkara baru yang menganggumkan di jelaskan kepada mereka sampaikan mereka sendiri sebagai doctor tak menyangka bahawa kehidupan sebagai tentera dan pasukan pelindung negara ni lebih mewah dari mereka doctor!

Dari bilik rawatan, bilik siding, kawasan larangan, gim untuk bersenam, kolam renang, hospital dan klinik semuanya di lawat dan peraturan tertentu, lawatan mereka di akhirkan di cafeteria tempat makan para tentera dan staf di tempat itu luangkan masa.

Pendek cerita penempatan baru ini lebih baik dari yang ada sekarang!

"So here we...heaven untuk kami semua di sini. Segala makanan dan minuman yang kamu semua perlukan di sediakan di sini. Dan jangan risau. Semuanya percuma tak perlu di bayar. Segala makanan ini di sediakan oleh tukang masak terlatih dan professional. Tiada satu makanan yang dibazirkan atau yang tidak berkhasiat. Demi menjaga kesihatan dan kebajikan staf di sini makanan di sini dimasak mengikut kriteria kesihatan yang tepat. Jadi you ladies...not need to worry about being fat here. No matter how much you eat...you gonna get fat.."beritahu Dritan pada tiga orang di tepinya itu.

Dua darinya adalah lelaki. Seorang lagi adalah wanita.

"Kita orang boleh masuk sekarang ke?"tanya jururawat lelaki bernama Harry.

"Silakan...memang masa untuk makan pun."aju Dristan yang alukan tangan dia ke dalam ruang tu.

Seperti Budak-Budak tadika jumpa arked permainan, dua orang itu berjalan masuk dengan muka teruja mereka. Kecuali dia. Davina hanya buat muka tak ada perasaannya sewaktu perhatikan setiap manusia yang ada di dalam ruang cafeteria tu sebelum terpandang meja yang sudah dipenuhi dengan pasukan perubatan yang datang Bersama dengan dia tadi.

"Kau memang jenisnya tak suka senyum eh??"tegur Dritan tiba-tiba bila perasan hanya Davina saja yang tidak bergerak dari situ sejak tadi.

Tersentak dengan teguran itu, mata Davina gerak dengan malas ke Dritan. Dia pandang sekejap lepas tu dia berjalan masuk ke ruang tu tanpa berkata apa-apa. Malas nak cakap. Dia bukannya kenal lelaki depannya ni. Sibuk nak tahu pasal dia dah kenapa!

Melihat layanan dingin yang diberikan oleh Davina, Dritan hanya menjungkit bahu tak kisah lalu ikut gerak ke meja di mana rakannya berada. Tidak hiraukan Davina lagi. Dah orang tak nak bercakapkan, takkan la nak di paksa pulak.

Disebabkan tempat ini tiada orang yang pandang slack padanya, dia tak rasa keputusan dia ke sini adalah satu kesalahan. Bagus jugak dia dapat keluar dari hospital tu buat sementara waktu. Tak ada la dia menghadap isu klien dan pesakit yang pelbagai ragam tu lagi. Belum lagi Kaden yang sepanjang masa nak timbulkan masalah dengan dia. Sedang Davina berjalan di situ dengan langkah yang perlahan, mata dia terpandang satu susuk yang tidak asing buat dirinya selama ini dari kejauhan di salah satu meja di situ. Hal itu buatkan dia berhenti dari berjalan.

What the hell!

Tak mungkin!

Apa Eden buat dekat sini?

Tanpa berkedip, Davina pandang akan lelaki yang sedang duduk di meja makan di situ berborak akan sesuatu Bersama senyuman di bibir. Tanpa sedarnya, jari jemarinya mula menggulung dan mengepal erat dalam genggaman. Kecil betul dunia ni kan!Selama ini dia tertanya-tanya ke mana saja abang angkatnya hilangkan diri. Rupa-rupanya ada di sini. Sedang gembira lagi tu. Lelaki ni tahu tak yang ibu mereka sudah meninggal dunia?Sempat lagi tersenyum senang seperti tiada apa-apa yang berlaku!Dasar lelaki tak guna!Anak tak berjasa! Rasanya dia kena pergi dari sini!Adanya Eden di sini takkan buat hidup di jadi mudah!Tanpa berlengah, Davina pun berpaling semula ke arah pintu keluar tadi. DIa kena pergi dari sini sebelum Eden menyedari kehadirannya di sini.

KEDEBUK!

Tak pasal-pasal, ketika Davina berpaling pada masa yang sama ada orang yang jalan dari arah belakangnya hingga buatkan dia terlanggar orang itu.

"Woah!"suara lelaki kedengaran sesaat kemudian. "tengok dulu mana nak pergi tu.."

Walaupun sakit Davina tidak mengaduh malah dia hanya berkerut kening sedikit semasa jauhkan diri untuk pandang siapa yang di langgarnya. Serius!Sakit gila hidung dia lepas langgar dada yang rata dan keras seperti dinding tu tadi. "Sorry."ucapnya sebaik bertentang mata dengan lelaki di depannya.

Buat seketika mereka dua orang saling bertentang mata tanpa berkata apa-apa.

26. UNKNOWNWhere stories live. Discover now