MMS | 1

516 70 189
                                    

"Changbin hyung, cuti pkpb dah mula. Apa pendapat hyung pasal malam ni?" tanya Hyunjin.

"Huh? Kau cakap pasal apa ni?" tanya Changbin semula.

"Hyung jangan pura-pura tak tahu pula. Kita baru je bincang pasal benda ni minggu lepas." kata Hyunjin.

Changbin berhenti berjalan. Dia terjeda buat seketika. Otaknya ligat cuba untuk mengingati kembali perbincangan mereka.

"Kenapa hyung berhenti? Hyung tak ingat ke? Atau hyung takut hmm.." sinis sekali Hyunjin berkata-kata.

Changbin memandang ke arah Hyunjin lalu tersenyum kambing. Dia merangkul leher Hyunjin sambil tertawa kecil.

"Mana ada hyung takut. Hyung tak ingat je tadi. Jomlah jalan cepat." kata Changbin.

Hyunjin berdecit kecil. Macam dia tidak tahu saja kawan-kawannya ini memang seorang yang penakut. Termasuk dirinya yang acah-acah berani.

"Tak adalah. Hyung tak ingat ke yang hyung orang pertama lari dulu waktu kita pergi rumah hantu sebelum ni."

"Janganlah dedahkan rahsia aku beruk."

• • •

"Jeongin, hyung nak tunjuk sesuatu dekat kau ni." kata Seungmin lalu mengeluarkan kameranya.

Jeongin merapatkan dirinya kepada Seungmin.

"Ini video yang hyung rakam waktu kitorang pergi rumah hantu sebelum ni. Felix dengan Chan hyung ikut sekali tapi diorang tak masuk." cerita Seungmin.

Jeongin yang sedang fokus melihat video itu terus tertawa besar melihat kerenah hyung-hyungnya itu.

"Seungmin hyung tak takut ke?" tanya Jeongin.

"Tak adalah takut sangat. Benda biasa je tu. Ini kan Seungmin." kata Seungmin dengan wajah riaknya.

"Eh dia tak sedar ke yang dia menjerit sampai nak terkeluar anak tekak." bisik Bangchan kepada Felix namun tetap didengari oleh Seungmin dan Jeongin.

"Eh! Itu bukan aku lah. Changbin hyung yang jerit. Aku jerit sopan je tau." kata Seungmin cuba untuk mempertahankan dirinya.

"Sopan lagi eomma aku jerit waktu nak lahirkan aku." sampuk Felix.

Bangchan pantas mencepuk kepala Felix membuatkan lelaki itu mengadu kesakitan lalu mencebik bibir.

Sedang mereka berbual-bual, Jeongin tiba-tiba teringat akan rancangan mereka pada malam ini. Dia mendekatkan wajahnya ke arah mereka bertiga lalu berbisik perlahan.

"Apa pendapat hyung semua pasal malam ni?"

"Lebih baik kita tunggu Hyunjin dengan yang lain datang dulu." balas Seungmin.

Jeongin menelan liurnya. Rasa macam nak tarik diri saja tapi dia teringin juga untuk mengikut aktiviti ini.

Tidak sampai seminit mereka berbual akan hal tersebut, Hyunjin dan Changbin pun tiba dan duduk bersama mereka berempat.

"Korang dah bersedia ke untuk malam ni?" soal Hyunjin.

"Bolehlah." jawab mereka serentak.

"Jadi, dengar rancangan aku baik-baik. Aku nak..."

• • •

Mereka berdua menjengahkan kepala bersama lalu menoleh ke kiri dan ke kanan. Sunyi dan tiada sesiapa.

"Jom kita gerak." ajak Minho lalu menarik tangan Jisung.

Mereka berdua bersedia untuk turun tangga namun pantas saja mereka berundur semula apabila Changbin menghampiri ke arah mereka.

"Korang nak pergi mana?" soal Changbin.

"Balik rumah." jawab mereka serentak.

"Korang lupa ke pasal malam ni?" soal Changbin lagi.

"Aku takut jadi aku tak nak ikut korang." jawab Jisung.

"Aku pun."

"Apa yang nak ditakutkan? Cuba korang berdua bagitau aku."

Minho dan Jisung saling memandang antara satu sama lain lalu mereka terus memusing ke belakang untuk berlari. Namun sekali lagi mereka berundur apabila Seungmin pula datang ke arah mereka.

"Nak pergi mana?" soal Seungmin.

"Aku nak balik rumah. Aku rindu dengan SDD." jawab Minho.

"SDD tu hyung boleh lepaskan rindu dekat diorang esok." kata Seungmin.

"Tak nak. Aku nak balik juga." bantah Minho. Belum sempat dia ingin berlari, Changbin dengan pantas menahannya.

"Nanti aku belikan mainan baru untuk anak-anak kau." bisik Changbin.

"Betul ke ni?" tanya Minho untuk kepastian.

Changbin mengangguk kepalanya lalu Minho pun setuju dengan cadangan tersebut. Sekarang mereka hanya perlu memujuk Jisung sahaja.

"Ada apa-apa alasan ke nak bagi?" tanya Seungmin.

"Eomma aku mesti marah kalau aku tak balik. Aku pun belum bagitau eomma aku lagi." jawab Han.

"Bagi nombor telefon eomma kau. Biar aku yang bagitahu dia." kata Seungmin.

"Eomma aku tak faham bahasa korea. Kena cakap bahasa melayu baru dia faham." kata Han.

Terdiam Seungmin dibuatnya. Dia memandang ke arah Changbin sambil menjongketkan kening berkali-kali.

Changbin mengangkat bahunya tanda dia tidak tahu. Seungmin memandang ke arah Minho pula untuk meminta bantuan lelaki ini.

"Apa susah sangat, mintalah tolong orang yang tengah baca cerita ni.." jawab Minho lalu meniup kukunya persis seorang diva.

Alangkah terkejutnya Jisung apabila mendengar kata-kata daripada Minho itu. Niatnya untuk melarikan diri tidak berjaya.

"Pandailah Minho hyung ni." puji Seungmin.

"Biasa-biasa je."

• • •

Kringg!!!

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat.

"Selamat bercuti semua! Stay safe dan jangan lupa pakai topeng muka! Takut covid pengsan pula tengok muka korang yang kacak-kacak belaka!", pesan pengetua sekolah, MNET.

"Apa benda lah yang pengetua sekolah kita ni mengarut." kata salah satu pelajar disitu.

"Kau kena faham. Dia masih lagi broken sebab kena reject dengan anak perempuan CEO Coway dua hari yang lepas." balas rakannya pula.

Semua pelajar yang ada di sekolah itu berpusu-pusu keluar dari sekolah bersama beg bagasi mereka.

Kecuali lapan orang pelajar yang sedang bersiap sedia di dalam dorm mereka untuk aktiviti mereka pada malam ini.

Mereka juga sudah meminta izin pengetua sekolah untuk tinggal di sekolah sehingga hari esok dan tanpa banyak tanya juga, pengetua itu hanya membenarkan saja.

Masa terus berjalan dan hari juga sudah semakin gelap. Sebaik saja matahari terbenam, lampu di sekolah juga sudah dimatikan.

Keadaan di sekolah itu teramat sunyi dan sangat lah gelap terutama sekali bangunan lama sekolah mereka yang kelihatan lebih seram.

Adakah mereka berlapan akan meneruskan misi mereka untuk merungkaikan sejarah lama sekolah itu, atau berlaku pula perkara yang disebaliknya?

+TBC

a/n : maaf kalau bosan. kau kena faham, aku tak pandai buat lawak. lawak aku hambar hshshs. bagi yang tak tahu SDD tu apa. itu singkatan nama anak si minho. soonie doongie dori. maaf kalau salah eja.

𝗠𝗔𝗞𝗘 𝗠𝗘 𝗦𝗛𝗨𝗗𝗗𝗘𝗥 - 𝗦𝗞𝗭 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now