MMS | 6

249 50 97
                                    

Lima pelajar ini berlari dengan selaju yang mungkin. Hyunjin yang berada di belakang sekali meminta mereka supaya menunggunya.

Namun tiada sesiapa di antara mereka yang mengendahkannya, sehinggalah Hyunjin ditarik sekali lagi dari belakang membuatkan dia jatuh terduduk. 

"Korang! Tolong aku!" jeritnya.

Mereka berempat menoleh ke arah Hyunjin yang sudah jatuh itu lalu mematah balik untuk membantunya.

Namun niat mereka terhenti apabila ternampak susuk tubuh seseorang yang berdiri di sebelah Hyunjin.

"Hyung. Ada hantu dekat sebelah dia." kata Changbin sambil memeluk lengan Minho erat.

"Macam mana kita nak tolong dia?"

Hyunjin yang terdengar akan perbualan Changbin dan Minho itu terus mendongak memandang ke atas. Jelas sekali Mark sedang berdiri disebelahnya.

Hyunjin cuba untuk bangun namun Mark laju menarik rambutnya dengan kuat. Perlahan-lahan Mark menoleh memandang ke arah mereka berempat sambil tersenyum sinis.

"Apahal dia pandang kita semua macam tu?" soal Jisung dengan suara yang terketar-ketar.

"Nak buat macam mana. Itu kan mata dia." jawab Seungmin.

Tanpa disedari mereka, Mark laju mengheret Hyunjin ke hujung koridor dan serta merta laluan itu gelap tanpa sebarang cahaya. Tergamam mereka berempat dibuatnya.

"Hyunjin!" jerit Seungmin.

"Hyunjin! Kau okay ke?!" soal Changbin.

"Hyung rasa dia okay ke buat masa sekarang ni." sindir Jisung.

Changbin mencebik bibir lalu menjelingnya tajam. Tangannya semakin ligat memeluk erat lengan Minho.

"Gay." kata Jisung.

Minho pantas mencepuk kepala Jisung dengan kuat membuatkan lelaki itu mengadu kesakitan.

Seungmin yang tidak mempedulikan mereka bertiga itu terus menanggalkan kasut sekolahnya. Tanpa banyak bercakap lagi, dia terus melemparkan kasutnya dengan kuat ke hujung koridor itu.

"Hyunjin! Hwang Hyunjin!" panggil Seungmin.

Namun tiada sahutan malah batang hidungnya juga tidak kelihatan. Kasut sekolah yang dilempar oleh Seungmin tadi tiba-tiba sahaja tercampak semula dan tepat-tepat mengenai wajah Changbin.

Changbin menjerit kesakitan lalu mengusap pipinya. Sekali lagi Seungmin melemparkan kasutnya dan kasut itu kembali menampar wajah Changbin buat kali kedua.

"Argh!! Kalau nak gaduh marilah sini! Apa cerita main baling-baling kasut!" marah Changbin dibuatnya.

Minho cuba mengawal dirinya daripada gelak. Bagi dia, comel saja Changbin memarahi hantu itu.

"Ini mesti kau yang suruh dia buat kan Han. Yalah, dia kan kawan kau." kata Changbin lagi.

"Eh? Siapa kawan aku?" tanya Jisung pelik.

"Hantu kepala pecah tu lah. Dia kawan kau kan. HANTU." jelas Changbin.

"Hyung. Kalau dia kawan aku kan, dari awal kita masuk sekolah ni aku dah suruh dia cekik hyung dulu." balas Jisung membuatkan Changbin terdiam.

TAP TAP TAP TAP!

Bunyi tapak kaki seseorang yang sedang berlari menarik perhatian mereka. Laju saja langkahnya menghampiri ke arah mereka membuatkan empat sekawan ini terkejut dengan kehadirannya. Minho dan Jisung pula sudah jatuh terduduk.

𝗠𝗔𝗞𝗘 𝗠𝗘 𝗦𝗛𝗨𝗗𝗗𝗘𝗥 - 𝗦𝗞𝗭 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now