MMS | 1O

213 43 158
                                    

"Siapa dekat luar tu?" soal Changbin takut.

"Aku rasa cikgu Lisa." jawab Seungmin.

"Kau pernah rasa cikgu Lisa ke Seungmin?"

Seungmin memandang ke arah Mark dengan kening yang sudah bertaut. Apa kejadah pula si hantu ini bicarakan?

Maka kepala Mark dihempuk oleh Minho dari belakang. Mark mengadu kesakitan sambil mengusap kepalanya perlahan.

"Kau mengarut apa ni bebal? Rambut palsu tu tertanggal dari kepala kau je terus jadi bengap eh?" sinis Minho berkata.

"Jangan lah marah. Aku gurau je." balas Mark.

"Gurauan kau tu tak kena dengan situasi lah." kata Seungmin.

Ktak ktak ktak!

Mereka merapatkan diri masing-masing apabila kelihatan bayang seseorang manusia yang sedang berjalan di luar kelas ini.

Setibanya dihujung kelas, bayang manusia tersebut berhenti lalu mematah balik. Mereka yakin itu adalah cikgu Lisa kerana mereka amat kenal dengan susuk tubuh tersebut.

"Tolonglah jangan masuk ke sini." kata Minho perlahan.

"Diam hyung, nanti cikgu tu dapat kesan kita semua dekat sini." balas Jisung.

"Masalahnya dia yang bawa kita masuk dalam kelas ni, mestilah dia tahu kita ada dekat sini bebal." balas Minho semula.

"Eh betul juga. Baru teringat." kata Jisung lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Selepas saja bayang itu hilang, Jisung segera menarik lengan mereka membuatkan kedudukan mereka rapat.

"Woi apa tarik-tarik ni? Social dancing lah." kata Changbin.

"Social distancing." Mark memperbetulkan kata-kata Changbin.

"Ha yalah, kau je betul. Aku salah." kata Changbin seakan-akan merajuk.

Amboi, sejak bila pula mereka mula rapat dengan hantu palsu ini?

"Aku nak cakap sesuatu dekat korang ni. Dengarlah." kata Jisung.

"Cepatlah cakap." balas Seungmin.

"Sesuatu."

Krik krik krik...

"Ouh tak lawak eh? Okey aku cakap betul-betul."

"Straight to the point, jangan nak panjangkan cerita." kata Hyunjin.

"Kalau gay to the point tak boleh?" tanya Mark.

Laju saja tangan Seungmin dan Minho menghempuk kepala Mark membuatkan lelaki ini menjerit kesakitan.

"Sambung cepat, Han. Jangan dilayan ini budak." arah Hyunjin.

"Okey, macam ni ceritanya. Tadikan kau suruh aku ambil lilin dekat-"

"Aku tak suruh kau ambil pun, kau sendiri yang pelawakan diri." sampuk Hyunjin.

"Jangan menyampuk boleh tak? Aku tengah syok mendengar ni." kata Seungmin.

Baru saja Hyunjin ingin membalas, Mark dengan pantas menekup mulut Hyunjin. Seungmin menunjuk thumbs up ke arahnya. Jisung pun menyambung ceritanya semula.

"Waktu aku nak ambil lilin tu, aku ada nampak dua bekas besar dekat atas. Dalam bekas tu pula ada duit tau, banyak pula tu. Aku fikir nak ambil tapi tak sampai pula." cerita Jisung.

"Jadi, kenapa dengan duit tu?" soal Minho.

"Kita boleh beli lighstick hyung, tak payah guna lampu suluh lagi." jawab Jisung.

𝗠𝗔𝗞𝗘 𝗠𝗘 𝗦𝗛𝗨𝗗𝗗𝗘𝗥 - 𝗦𝗞𝗭 ( COMPLETE )Where stories live. Discover now