Bahagian (6)

802 66 4
                                    


Arsyad lajukan langkahan. Hampir dia berlari anak tatkala melihat Nurra sudah menarik daun pintu untuk keluar dari kediaman keluarganya ini. "Nurra, tunggu!"

Nurra sudah tiada apa yang dia mahu katakan kepada Arsyad. Baginya, tugas dia menjadi 'mata-mata' Puan Marina sudah berakhir setelah lelaki itu berjaya menangkap gerak geri dia sebelum ini. Jadi, tiada guna untuk dia teruskan semua itu lagi.

"Aku ada perkara nak cakap dengan kau." Arsyad menahan daun pintu daripada terus ditolak Nurra. Seketika, dia termengah-mengah mencari udara untuk bernafas.

"Tugas aku dah berakhir. Aku tak ada apa-apa lagi nak cakap dengan kau. Aku minta maaf kalau ada perbuatan aku buat kau rasa tak selesa selama aku jadi 'mata-mata' mama kau."

Arsyad menahan gelak. Dia menggeleng sendiri sebelum pandangannya membalas tatapan mata Nurra. Ada sesuatu yang dia ingin nyatakan tetapi dia bimbang jika Nurra belum bersedia. "Aku hantarkan kau balik. Lagipun, kereta kau ada dekat rumah aku." Arsyad berjalan terlebih dahulu.

"Aku boleh call Miya. Dia mesti dah habis kelas." Nurra keluarkan telefon peribadi miliknya. Belum sempat nombor Miya didail, tangan kiri Arsyad laju menarik telefon itu dari dalam pegangan Nurra.

"Aku serius ni. Bukan kau ada terlupa sesuatu?"

Nurra terdiam. Seketika fikirannya terlintas mengenai buku nota yang Arsyad letak di dalam laci almari di biliknya. "Pasal buku nota tu, aku dah tak nak guna. Kau ambillah. Lagipun, aku perlu mulakan hidup baru. Buka buku baru. Kau tak patut tolak permintaan mama kau supaya kau kahwin dengan anak Tuan Syed tu."

"Aku tahu kau tak akan gembira nanti." Laju Arsyad memotong kata-kata Nurra.

"Kegembiraan aku tak pentinglah dalam keputusan mama kau. Mama kau nak kau gembirakan hati mereka. Itu je. Susah sangat ke Syad untuk kau faham?"

Arsyad menguak rambut yang menutup dahinya. Dia selamba bergerak ke kereta bersama-sama telefon Nurra di pegangan tangan kiri.

Nurra langsung tak bergerak mengikut langkah lelaki itu. "Aku boleh belikan telefon baru. Nombor baru. Kau simpan jelah telefon tu." Dia sudah mengubah arah laluan kaki.

"Degil betul dia ni!" desis Arsyad tatkala wajahnya menoleh ke arah Nurra semula. "Kau ikut kau, Nurra. Aku hantarkan kau balik. Kau tahu tak, kalau kau lagi berdegil aku akan terus paksa kau!"

Nurra pekakkan telinga. Dia mula membetulkan beg silang yang disangkut pada bahu sambil kakinya laju mengatur langkah ke pintu pagar pula.

Arsyad terus masuk ke tempat pemandu. Dihidupkan enjin sebelum pedal minyak ditekan lalu dipandu kereta itu menuju ke laluan di mana Nurra masih menghayun langkah. Hon ditekan berkali-kali.

Nurra masih pekakkan telinga. Sehinggalah kenderaan milik Arsyad melintasi tubuhnya dan membrek secara mengejut. "Kau nak bunuh aku ke?" tempelak Nurra yang hampir-hampir gugur jantungnya tadi.

"Aku dah ajak kau elok-elok. Nak juga guna cara tak berapa elok ni. Dah, masuk. Jangan degil." Arsyad yang turun dari kerusi pemandu terus menerpa ke kerusi penumpang sebelah. Dibukakan pintu untuk Nurra.

"Tapi, aku tak degil macam kau." Sempat Nurra membalas sebelum dia akur dengan pelawaan Arsyad kali ini.

"Degil aku bersebab. Degil kau ni, aku tak tahulah kenapa." Arsyad senyum mengejek.

Nurra hempas tubuh pada kerusi penumpang. Dia sekadar memeluk tubuh. Dari tiada apa-apa masalah dengan lelaki itu, bagaikan mahu meletus gunung berapi disebabkan perkara remeh seperti ini. Dia bukan saja-saja menolak pelawaan Arsyad. Bagi dia, dia masih kuat untuk uruskan diri sendiri.

Selama ini, Nurra memang tak perlukan sesiapa. Mungkin itu juga menjadi sebab Hadad tidak mahu meneruskan hubungan mereka lagi. Pasti lelaki itu fikir yang dia belum bersedia untuk ke peringkat seterusnya.

NURRA X ARSYAD (BACAAN PERCUMA)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora