bab 1

3.4K 112 9
                                    




Mencintai itu...

...seperti kamu masuk ke dalam taman bunga...

... namun di dalam kebanyakan bunga mekar di situ...

...mata kamu hanya tertarik pada satu bunga.

Dan kisah ini- aku coretkan untuk kita semua. Saat sukar aku dan saat bahagia aku. Juga detik yang aku kesali.

Ya, aku menyesal.

Aku menyesal mengenali dirinya.

Tidak pernah sekali pun aku berhenti menyesali mencintai lelaki itu.

Mungkin bagi kamu cinta itu boleh diatur. Aku boleh menjauh, namun itu bukan realitinya. Kerana realitinya...



"Sayang, nak air!"

Buku diari aku tutup dengan pantas. Aku memandang dia yang sudah berpeluh akibat bermain bola keranjang itu.

Botol air mineral di sebelah aku berikan padanya. "Apa sayang - sayang depan orang ni. Tak malu ke?" Aku menjegilkan mata padanya.

Dia hanya melepaskan tawa. Ruang kosong di sebelah aku diduduk. "Kenapa? Tak boleh ke?"

Air mineral diteguk rakus, menghilangkan dahaga setelah sejam bermain bola keranjang. Sudah menjadi rutin hujung minggu Nazhan, memang aku kena teman dia berlatih di sini.

Aku mencebikkan bibir. "Memanglah tak boleh. Kita bukannya ada apa - apa pun!" Balas aku.

Jauh di dalam hati, hanya Tuhan sahaja tahu isi hati aku. Ya, aku mahukan hubungan ini lebih dari teman rapat.

Nazhan mengangkat keningnya pada aku. Botol mineral diletakkan di bawah. "Eh bukan kita memang... ada apa - apa ke?"

Mata aku membulat. "Eh gila lah mamat ni! Apa - apa apa?!"

Tawa Nazhan meletus. Dia menggelengkan kepalanya. "Eh awak ni buat - buat tak tahu pulak..."

Ya Allah, mamat ni. Aku ingatkan dah habis dah mode mengusik dia, rupanya ada lagi ya.

Laju tangan aku mencapai buku diari aku tadi, lalu memukul bahunya dengan kuat sehingga Nazhan menjerit kecil.

"Sakitlah! Tak baik buat aku macam ni tau!"

Giliran aku pula ketawa melihat wajah cemberut Nazhan. Aku angkat tangan, kononnya mahu mengusap bahunya.

Nazhan terus berdiri tegak. Matanya membulat. "Eh kau jangan nak mencabul aku eh?"

"Eh mana ada!"

Dia menjegilkan matanya pada aku. Jarinya dituding pada tangan kanan aku tadi. "Ada... kau nak sentuh aku tadi kan?"

Aku menjuihkan bibir. Meluat betullah cakap dengan mamat ini. "Hey, aku ada sentuh ke tak masalahnya?"

Perlahan - lahan Nazhan tersengih. "T-tak..."

"Lepastu?"

"Naz! Cepatlah! Next game!" Salah seorang dari ahli pasukan Nazhan sudah memanggilnya. Mereka semua yang ada di dalam court mula memandang kami.

Nazhan mengangkat tangannya. "Sekejaplah! Nak bercinta pun kena kacau ke?"

Mata aku membulat. Serta merta pipi aku membahang mendengar balasannya itu. Tambahan pula apabila teman sepasukannya sudah mula bersiul nakal.

"Pergilah sana cepat." Aku menghalaunya dengan tangan. Makin lama dia di sini, makin lama kami diperhati.

Dan makin lama juga hati aku ditipu dengan semua kepalsuan.

The Endlessly✔️Where stories live. Discover now