09

59 12 126
                                    

Kyurin 💗 chanhyuk

Kyurin mengelak serangan chanhyuk sebab dia ni boleh tahan hebatnya. Dia tidak dapat menyerang balas kerana cahaya bulan tidak ada.

"Menyerah je lah kau bukan boleh buat apa pun" kata chanhyuk dengan berlagak.

Kyurin ingin menyerang chanhyuk tetapi dia lebih hebat telah mengunci badan kyurin. Tangannya membuka topeng kyurin

"Andwaee arhhh" kyurin bergelut ketika itu.

Tiba-tiba cahaya bulan masuk ke dalam dan memantulkan sarung tangan kyurin. Cahaya yang dipantulkan itu tepat masuk ke dalam mata chanhyuk.

"Arghhhh mataaa akuuuu" jerit chanhyuk. Kyurin segera betulkan topengnya yang hampir terbuka tadi.

"Huh kau yang berlagak tadi kan, rasakan haiyakkk" kyurin menumbuk chanhyuk dan dia jatuh dan pengsan. Dia meninggalkan chanhyuk seorang diri disitu.

Eryn 💗 Hyungwon

Hyungwon berlawan dengan eryn menggunakan tongkatnya manakala eryn menggunakan pedangnya.

Walaupun nampak macam tongkat biasa tetapi ia telah dinaik taraf supaya menjadi teknologi canggih. Malangnya, teknologi kumpulan the thieves lebih canggih ke hadapan.

"Hiyyahhh" eryn menggunakan pedangnya ke arah hyungwon tetapi sempat dihalang oleh dia.

Hyungwon pula ingin menyerang balas tetapi sempat elak oleh eryn.

"Fuh hebat kau ni" kata hyungwon. Eryn tanpa cakap banyak dia menyerang semula hyungwon.

Eryn sekali lagi menyerang hyungwon menggunakan pedangnya tetapi hyungwon lebih bijak menggunakan tongkatnya untuk mengunci badan eryn.

"Urghhh lepaskan akuu arghhh" eryn menggunakan sepenuh tenaganya untuk dilepaskan. Apakan daya cengkaman gajet hyungwon lebih kuat.

Hyungwon mencengkam rambut eryn dengan kuat lalu berkata "tiba masa untuk aku lihat siapa dalang disebalik semua ni"

Tangan hyungwon ingin membuka topeng eryn tetapi eryn dengan menendang celah kelengkang ( betul tak ejaan dia 🤣) hyungwon.

"Aduhhh" dia merintih kesakitan.

"Hiyakk" eryn menyepak hyungwon. Akhirya dia dapat lepaskan diri.

Yubin 💗 seonghwa

"Huh mana nak lari ha" kata seonghwa kerana dia mengejar yubin sehingga jumpa jalan mati.

Yubin tidak membalas apa-apa kecuali menggunakan talinya untuk menyerang seonghwa tetapi dia sempat mengelak.

"Eiii hiyahhh" yubin mula menyerang seonghwa secara berdepan tetapi seonghwa berjaya mengelak. Dia memegang tangan yubin dan melemparnya ke dinding.

"Arghhh" yubin merintih kesakitan.

"Dah mengalah?" Kata seonghwa yang sudah bersedia dengan garinya.

"Belum lagi" balas yubin lalu mengambil talinya dan mengikat seonghwa. Tetapi seonghwa lebih kuat dan dia menarik tali yubin dekat dengannya.

Mereka saling berpelukan. Seonghwa mendekatkan mukanya dengan yubin. Tangannya buka topeng yubin dan dia terpukau dengan kecantikan yubin.

"Ippeuda ( cantik )" kata seonghwa. Yubin menumbuk perut seonghwa dan menolaknya. Dia memakai topengnya balik dan pergi dari situ.

Woonhwa 💗 asahi

Asahi menembak woonhwa tanpa henti tetapi woonhwa menghalang semua peluru yang ditembak oleh asahi.

"Membazir peluru kau je aku punya gajet kalis peluru lah" kata woonhwa.

Asahi menembak lagi tetapi ianya dihalang oleh woonhwa. Woonhwa akhirnya menyerang berhadapan dengan asahi.

Asahi berjaya mengelak serangan woonhwa tetapi dengan pantas dia mengunci lengan woonhwa tangannya lagi satu pula ingib membuka topeng woonhwa.

"Jangan kau berani buka topeng aku" woonhwa menolak asahi ke belakang dan menggunakan pistolnya lalu menembak asahi.

Disebabkan pistol itu pelurunya elektrik jadi dia hanya pengsan buat sementara.

Mina 💗 minho

"Aku rasa kan perempuan sepatutnya duduk rumah bukan jadi penjenayah , daripada macam ni jadi bini aku je lah" kata lee know.

"Urghh kau tak faham kau diam aku tak ada masa lah" mina menyerang lee know menggunakan gajetnya. Terbukti cincin tu kalau diaktifkan sama seperti mo doctor strange.

Lee know mengaktifkan gajetnya juga untuk menghilangkan dirinya. Mata mina melihat semua arah untuk menjejaki lee know.

Mina menutup mata dan fokus kerana dia dengar bunyi tapak kaki lee know dimana-mana.

"Okayy sana" mina menembak lee know jadi betul, tekaannya tepat.

"Nampak? Aku tak bodoh macam kau" kata mina.

"Aku rasa kau yang lagi bodoh" lee know mencekik leher mina dari belakang. Jadi yang dia tembak hanyalah lee know palsu.

Dia ingin membuka topeng mina tetapi mina menggunakan sikunya dan melempar lee know ke tepi. Dia meninggalkan lee know disitu.

+++

Done update. Any comments? _LUVY4E next chap kau pulak

[✔] Checkmate || Random AF (Close) Where stories live. Discover now