BAB 3

7.7K 509 17
                                    

Erina sibuk memasak di dapur. Mamat Edrian tu tiba2 nak ikan masak asam pedas pulak. Muka je macam mat saleh, selera masih selera orang Malaysia.

Masalahnya kalau nak tolong takpe. Ni duduk je santai2 kat meja dapur. Geram je Erina dibuatnya.

"You know, I've been wondering about your face," Edrian memulakan perbualan sambil memasukkan sebiji anggur ke dalam mulut.

"Hmm" Erina hanya melayan acuh tak acuh, matanya masih fokus dengan masakan di depan mata.

"You looks...half Malay, half mine."

Erina menoleh memandang Edrian selepas mendengar pickupline 'tiberr' dari mamat itu. Edrian pula kelihatan bangga dengan pickupline tersebut.

"And you looks like you need a slap from me." Balas Erina dengan wajah selamba. Dia kembali menghadap masakannya.

Edrian angkat bahu. "I think it's cute, tho."

"Ya, untuk girlfriend awak kat luar sana memang cute. Untuk saya, rasa nak bagi penampar je," balas Erina tanpa perasaan.

Edrian ketawa. Erina tak pernah mengecewakan. Selalu menghiburkannya.

"Actually..."

"Haa, apa lagi?" Soal Erina. Ada saja la mamat ni.

"Ayah tu, dah tanya bila nak balik sana?"

Erina berhenti dari mengacau masakannya. Dia pejam mata erat selepas mendengar kata2 Edrian.

Dato Syukri, ayah mertuanya dan Kak Nurul, kakak iparnya memang baik hati. Erina tak kisah balik ke sana jika untuk berjumpa ayah mertuanya dan Kak Nurul. Masalahnya ialah mama Edrian, Rosalina dan adik perempuannya, Eva.

Sejak awal perkahwinan mereka lagi kedua mahkluk Allah itu tidak menyukai Erina. Siap isytihar perang lagi. Mama Edrian mahukan pilihannya sendiri sebagai menantu, bukan gadis biasa dan tidak berpelajaran seperti Erina.

Disebabkan itu, setiap kali mahu balik ke rumah Dato Syukri, Erina terasa berat hati. Ada saja kedua manusia itu mahu cari masalah dengannya nanti. Aishh.

"Lama diam tu. Mesti berat hati nak balik sana," tebak Edrian sambil tersengih, mengusik.

Erina memandang tajam Edrian. Betul la tu. Memang aku berat hati nak jumpa mama dengan adik kau. Macam la kau tak tau perangai dorang.

"What's so hard? Datang sana, salam, tanya khabar, senyum2 sikit. Dah, settle," cadang Edrian.

Erina silang tangan. "Wah, mudahnya awak cakap. Orang yang mama dengan adik awak tak suka tu, saya. Yang kena hadap dorang tu, saya, bukan awak."

"They won't bother you, okay. I warned them." Pujuk Edrian. Dia bukan apa, leceh jika Erina tak mahu balik ke rumah Dato Syukri. Apa dia nak jawab dengan ayahnya nanti jika salah satu menantu kesayangannya tak mahu balik.

Erina buat muka. Mereka tu bukan makan saman. Kalau tak suka orang, takde niat nak sorok. Obvious sangat benci mereka terhadap Erina.

Edrian memikirkan sesuatu. Dia mesti mengumpan Erina untuk balik ke sana. Tak sanggup dia nak kena bebel dengan Dato Syukri nanti.

"Kalau kau setuju nak balik rumah ayah dan hadap mama sepanjang hujung minggu ni, I'll bring you to Mahligai Zaaba the next weekend. Sounds good?" Cadang Edrian, cuba berunding.

Erina memandang Edrian dengan hujung mata. Mamat ni kalau bab nak 'merasuah' aku, ada je idea dia. Tapi, memang dah lama Erina tak balik ke Mahligai Zaaba. Dia terlalu sibuk dengan kelas dan assignment. Rindu benar dia dengan Ayah Daud dan adik2nya di Mahligai Zaaba.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now