BAB 4

7.4K 508 9
                                    

Erina berlari memeluk orang yang berada di hadapannya sekarang. Sudah lama dia tak berjumpa gadis itu.

"Ain!"

Ain tersengih melihat betapa senangnya Erina dengan kehadiran dia.

Ain merupakan satu lagi menantu Dato Syukri. Dia isteri kepada Aiman, adik tiri Edrian. Mereka baru dikurniakan anak perempuan bernama Aliya yang berusia 3 bulan. Salah satu sebab dia mampu bertahan di rumah Dato Syukri adalah kerana Ain.

Rosalina tidak menyukai anak tirinya, Aiman dan Kak Nurul. Maka, Ain juga turut dibenci, sama macam Erina. Disebabkan itu, nasib mereka sama. Sekurang-kurangnya jika mereka bersama kurang sikitlah perangai jahat Rosalina dengan Eva tu.

"Aku ingatkan kau tak balik?" Soal Erina. Dia menggenggam kedua tangan Ain erat.

"Ahahahaha, aku sampai 2 jam lagi awal dari kau," balas Ain sambil ketawa. "Sebenarnya aku balik mengejut. Abang Aiman pujuk aku last minute. Geram je aku. Tapi dia kata kau pun balik, so aku pun okay jela. Takde la menghadap mama sorang2."

Erina mengangguk faham. Dia boleh rasakan perasaan Ain. Takde sapa nak hadap Rosalina dengan Eva tu.

"Anak kau mana? Aliya?" Soal Erina. Dia sangat sayang dengan bayi kecil itu. Mukanya persis Ain.

"Dekat Abang Aiman. Dah la. Jom makan. Aku saja tunggu kau kat sini." Ajak Ain.

Mereka menuju ke dapur bersama. Lama juga mereka berbual. Mesti yang lain sudah tertunggu.

* * *

Erina mendukung Aliya di pangkuannya. Si kecil itu ketawa setiap kali Erina mengagahnya. Erina, Ain, Edrian dan Aiman duduk di ruang tamu selepas makan tengah hari.

"Ain, you look prettier after giving birth." Puji Edrian. Dia memang sangat baik dengan Ain atas sebab2 yang tertentu. Sebelum ini, Ain telah membuka matanya untuk berubah

"Thank you," balas Aiman walaupun sepatutnya ucapan itu datang dari Ain. Ain hanya ketawa kecil melihat perangai suaminya.

Edrian buat muka. "I'm talking to Ain."

"Really? Then don't talk to her." Balas Aiman. Mereka saling berpandangan tajam.

Erina dan Ain hanya menggeleng. Edrian dan Aiman memang selalu bergaduh. Malas mereka mahu melayan.

"Edrian, cuba dukung dia," Cadang Erina sambil memandang Aliya. Penat dia dengar mereka bergaduh.

"What? No, you know I'm bad at holding baby," protes Edrian. Dia tak pandai nak dukung bayi.

"Alaa, buat tangan macam ni je," terang Erina sambil menunjuk macam mana dia pegang Aliya.

Edrian masih memprotes membuatkan Erina menghulurkan saja bayi itu. Edrian tiada pilihan lain selain mendukung Aliya.

Aiman dan Ain pula tersengih-sengih melihat wajah kekok Edrian memegang Aliya.

"Guys, I'm serious, she's gonna cry," komen Edrian. Matanya bulat memandang bayi itu.

"Mana ada. Pegang la elok2," balas Erina. Seronok pula mengusik Edrian. Selama ni dia yang selalu mengusik Erina.

"Edrian, kamu ni pegang bayi pun takut. Macam mana bila ada anak nanti?" Soal Dato Syukri yang baru tiba di situ. Dia ketawa melihat Edrian kaku memegang Aliya.

"Ayah, please." Edrian menghulurkan Aliya kepada Dato Syukri. Lelaki tua itu ketawa kecil lalu diambilnya cucu sulungnya itu.

Jangan tanya betapa sayangnya Dato Syukri dengan cucu pertamanya itu. Setiap bulan ada saja barang baru dia belikan untuk Aliya walaupun usianya baru 3 bulan.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now