BAB 5

7.9K 554 36
                                    

"Edrian, I am seriously warning you. Do not cross the line."

Erina berbaring di katil dengan mata terpejam, sudah bersedia mahu tidur. Di sebelahnya, Edrian sedang tersenyum penuh makna. Di tengah2 antara mereka Erina menyusun bantal2 sebagai penghalang antara dia dan Edrian.

Perangai miang Edrian tu bukan boleh percaya. Ada saja menganggu tidur Erina nanti.

"What? I'm not doing anything." Balas Edrian, cuba mempertahankan diri sendiri.

"Yes, not 'yet'," Erina masih memejam mata. "Edrian, kalau awak peluk saya lagi macam haritu, saya tumbuk muka awak kali ni. Serius."

Edrian ketawa mendengar kata2 Erina. Isterinya itu memang garang sungguh.

"Trust me, I won't. Can't you even trust your own husband?" Soal Edrian.

"No, I can't." Balas Erina, ringkas.

"Okay, I promise I won't do anything until morning. But can I get a good-night kiss now?"

Automatik Erina membuka matanya.
"Penampar tak nak?" Soal Erina kembali.

"If you slap me, can I get my good-night kiss?"

Erina memicit kepalanya. Ya Allah, peningnya aku dengan manusia bernama Edrian Emmett ni.

* * *

Keesokannya, mahu tak mahu, Edrian dan Aiman membersihkan juga stor di belakang rumah agam itu. Ain dan Erina turut membantu. Aliya pula dijaga oleh Dato Syukri.

"Can't believe I actually do this," perlahan Edrian bersuara. Kotak2 lama di dalam stor itu dikeluarkan.

"And I can't believe I'm doing it with you," sambung Aiman.

Mereka berdua mengeluarkan barang yang hendak dibuang manakala Ain dan Erina menyusun barang2 itu di luar.

Hampir sejam, baru separuh barang yang mereka berjaya keluarkan. Edrian terduduk di atas kerusi akibat kepenatan.

"Seriously, why can't we pay someone to do this? Why should we do it ourself?" Komen Edrian. Ayahnya itu mampu mengupah 100 orang sekalipun untuk membersihkan stor itu.

"Kau lupa ke buat2 lupa? Semalam ayah cakap 'kamu berdua kena kemas sendiri, banyak barang2 lama kamu dalam tu. Dapat kenang masa lalu'. Kan ayah cakap macam tu." Terang Aiman.

Edrian ketawa kepenatan. "Alasan je tu. Dia nak kita exercise."

Aiman mengangkat bahu. Dia mengambil sebuah kotak yang lain warnanya dari yang lain. Dia meletakkan kotak itu di atas meja lama di dalam stor tersebut.

Aiman membuka kotak itu. Dia terdiam. Bola kecil sebesar tapak tangannya dikeluarkan. Automatik senyuman Aiman terukir. Itu hadiah dari arwah ibunya, Dahlia semasa Aiman masih kecil.

Kemudian, Aiman mengeluarkan gambar lama yang terdapat di dalam bingkai. Gambar Aiman yang berusia 5 tahun, Kak Nurul, Dato Syukri dan Dahlia. Aiman sedikit sedih melihat gambar itu. Dia rindukan arwah ibunya.

Edrian hanya memerhati Aiman dari jauh. Dia tahu Aiman dalam dunianya sendiri sekarang.

Dulu, Edrian pernah juga berjumpa ibu Aiman, Dahlia semasa dia masih kecil. Wanita itu sangat baik dan lembut. Tapi, dia meninggal kerana suatu penyakit. Kemudian, Dato Syukri berkahwin dengan Rosalina.

"Weh, Aiman."

Aiman menoleh memandang Edrian. "Apa?"

Edrian menunjukan sekeping gambar. "This is so embarrasing."

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now