Lufya tergesa-gesa membersihkan dirinya. Ini semua kes dia tertidur lambat pada malam tadi akibat melayan drama Korea kesukaannya.
"Fya cepat la! Bas dah tunggu depan rumah ni!"
"Sekejap!" Lufya menyanggul tinggi rambutnya itu. Dia meletakkan kemas sepit pada rambutnya.
Lufya menilik dirinya pada cermin. Nice Lufya Qaseh! Hopefully idola kau pandang kau dengan penuh gembira.
"Cepat la Fya! Nanti dengan aku sekali lambat." kata seorang rakan Lufya pada muka pintu bilik wanita tersebut.
"Ala relax la beb."
"Ok done!" sambung Lufya sambil menarik tangan rakannya agar ikut keluar bersama berserta dengan beg pakaiannya.
"Sorry lambat." ucap Lufya sewaktu dia tiba pada pintu bas pekerja yang membawa pelatih ke syarikat The Syedes.
Pemandu bas hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Ada sahaja ragam para pelatih pada hari ini ye.
"Ah! Tak sabarnya jumpa idola aku tu. Mesti kacak orangnya kan?" kata Lufya sebaik sahaja dia selamat duduk di salah satu kerusi yang berada di dalam bas tersebut.
"Kepala otak dia! Dia fikir yang itu pula. Kau tak gugup ke Fya?" tanya rakan Lufya.
Lufya menggeleng laju.
"Lupa pula aku yang kau ni excited sebab nak jumpa idola kau."
"Tahu pun! Kau gugup ke mi?" tanya Lufya pula kepada rakannya.
"Of course la aku gugup! Aku ni nak sangat kerja dekat syarikat pakaian yang terkenal tu. Gila tak gugup. Kau lainlah. Niat nak jumpa idola. Itu yang tak gugup."
"Shh..dah diam-diam." kata Lufya yang ingin mematikan perbualan antara dia dan juga mimi, rakannya kerana ada pengumuman penting yang ingin disampaikan oleh seseorang.
"Hi, Assalamualaikum. Mari saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Nur Puteri Maryana binti Jusoh, tapi anda semua boleh panggil saya kak Yan sahaja. Jadi, di sini saya ingin memperingatkan bahawa kami akan merekrut pekerja berdasarkan jumlah mata kalian semua. Jadi, jika anda semua ingin direkrut oleh The Syedes, anda perlu mempunyai nilai mata yang syarikat kami mahukan. Jangan sampai our boss pecat anda. Faham?" arah Maryana sambil matanya mengscan semua para pelatih yang berada di dalam bas tersebut.
Para pelatih mengangguk laju tanda memahami arahan yang diberikan oleh Maryana.
Masa yang diambil hanya satu jam lima puluh minit untuk para pelatih sampai ke The Syedes.
"Ingat pesan akak. Jadi, sebelum anda semua turun, akak ingin ucapkan jutaan tahniah kerana terpilih untuk menjadi pelatih di The Syedes. Anda semua boleh turun dan ikut akak ye." Maryana dulu yang turun dari bas lalu, para pelatih yang lain satu persatu membuntuti langkah gadis itu.
"Ah! Tak sabarnya!" Muka bahagia terpamer saat Lufya berkata. Beg digalas dengan cermat.
"Dah jangan nak berangan. Jom."
Lufya dan para pelatih yang lain dibawa ke satu tempat yang luas untuk berkumpul.
Maryana lantas sahaja membawa dirinya ke hadapan sebaik sahaja satu tugasannya itu selesai.
"Fya! Berdirilah tegak-tegak." tegur Mimi dengan perlahan tatkala dia melihat rakannya itu asyik terjenguk-jenguk sahaja pintu masuk dewan syarikat itu.
"Diamlah kau! Aku tengah tunggu idola aku ni. Mana pula di.."
Belum sempat Lufya ingin menyambung ayatnya, tiba-tiba sahaja pintu dewan The Syedes terbuka dengan luas. Mata-mata para pelatih sekarang ini tertumpu pada beberapa orang yang berkot hitam kemas yang sedang memasuki ruangan dewan The Syedes.
YOU ARE READING
LUFYA AMRYAN: Love Trainees
Romance[2nd STORY] Lufya Qaseh seorang gadis yang impiannya ingin bekerja di sesebuah perusahaan pakaian yang terkenal kerana ingin berjumpa dengan idola dia! siapa lagi kalau bukan Faqih Amryan. Faqih Amryan walaupun sebagai pembantu penolong pengarah ya...