BAB 8

7K 534 37
                                    

Erina dan Edrian berperilaku seperti biasa. Seolah-olah kejadian malam tadi tidak pernah berlaku. Masing2 tiada niat mahu bertanya ataupun bercakap tentangnya.

Tetapi Erina masih tidak boleh lupa imej Edrian bersama wanita seksi di kelab malam itu. Manakala Edrian pula masih tertanya-tanya siapa lelaki yang bersama Erina malam tadi.

Erina menyediakan sarapan sebaik saja selesai solat subuh pagi itu. Rambutnya diikat gaya 'bun' yang kemas agar tidak jatuh ke wajahnya.

Pagi itu Erina menyediakan nasi goreng, roti bakar, pancake dan teh. Mamat Edrian tu selera tak menentu. Kejap selera melayu, kejap selera orang putih. Nak selamat masak je semua. Geram aku.

Erina memerhati jam di dinding sebaik saja selesai memasak. Pukul 7.00 pagi. Mamat Edrian tu dah bangun ke belum? Apron di tubuhnya ditanggalkan lalu digantung pada pengangkut.

Erina bergerak ke ruang tamu. Dari situ, dia melaung memanggil Edrian di tingkat 2 rumah itu.

"Edrian! Dah bangun ke belum!"

Tiada sahutan.
Eik? Tak bangun lagi ke? Biasanya bila aku menjerit pagi2 dia dah bangun dah.

"Edrian! Dah pukul 7.00 ni! Bangun la!" Laung Erina lagi.

Masih tiada sahutan.
Erina naik berang. Ahh, bertambah kerja aku nak kejutkan dia pulak. Kang tak kejut membebel nanti si Edrian tu. Eee geram je aku.

Erina menaiki tangga ke tingkat 2 aka ruang peribadi Edrian. Sebaik saja tiba di situ, kelihatan Edrian masih nyenyak tidur. Siap berselimut lagi.

Erina bercekak pinggang. Wah, wah, sedapnya tidur. Lambat pergi kerja nanti salahkan aku pulak. Erina menuju ke katil Edrian.

"Edrian. Bangun." Kejut Erina, nadanya masih perlahan.

Tetapi Edrian tidak berganjak. Masih lena diulit mimpi.

"Edrian! Bangun!"

Erina menarik selimut Edrian membuatkan wajah lelaki itu berkerut. Dia membuka mata sedikit untuk memandang Erina.

"What --?" Soal Edrian, masih mamai. Dia nampak wajah Erina samar2 sahaja.

"Bangun la. Pukul 7.00 dah ni. Saya dah buat sarapan. Pergi la mandi. Bersiap. Pergi kerja." Bebel Erina.

Edrian diam. Beberapa saat kemudian, dia bangun dari berbaring. Tetapi dia masih duduk di atas katil dengan wajah mamai.

"Can I get a morning kiss?"

Soalan Edrian yang keluar secara tiba2 itu membuatkan Erina automatik membaling bantal tepat ke mukanya.

"Bangun cepat. Takyah nak mintak bukan2." Balas Erina dengan tegas.

"Tu pun tak boleh." Rungut Edrian dengan wajah mamainya.

*   *    *

Erina memakai tudung dan menyandang begnya setelah selesai bersarapan. Telefon di atas meja belajar segera dicapai. Setengah jam lagi kelasnya akan bermula.

Erina melangkah keluar dari bilik. Sebaik saja tiba di ruang tamu, kedengaran loceng rumah itu berbunyi. Erina segera berlari ke arah pintu.

Sebaik saja pintu dibuka kelihatan wajah Santi, pembantu rumah Edrian yang akan datang setiap hari isnin hingga jumaat, 8.00 - 4.00 petang. Kerja wanita itu adalah menjaga dan menguruskan rumah Edrian sepanjang Edrian di pejabat.

"Assalamualaikum, buk Erina." Ucap Santi yang berwarganegara Indonesia itu.

Erina tersenyum. "Waalaikumusalam kak Santi. Masuk la." Pelawa Erina dengan ramah.

My Sweet Cupcake 🧁✔️Where stories live. Discover now