bab 3

568 21 2
                                    

" TENGKU Hadif? "

" Yes, come in Rico. She's in my room. "

Apabila Rico, pembantu peribadinya mahu mencapai kedua bagasi yang diletakkan di tepi pintu, cepat-cepat Tengku Hadif menghalang.

" It's okay. Saya buat sendiri. Awak pergi settle kan isteri saya. Saya tak nak disebabkan dia, saya terlepas flight. Buat je seperti apa yang saya suruh. " ujar Tengku Hadif dan mendapat anggukan daripada Rico.

Hilang sahaja Rico ke tingkat atas, Tengku Hadif bersandar pada daun pintu. Dia menunggu Rico dan Emilyn penuh sabar. Tersungging senyuman di bibirnya. Bukan main liat lagi Emilyn mahu mengikutinya tadi. Disebabkan itu dia terpaksa meminta tolong Rico. Ingat dia akan biarkan Emilyn menang?

Hadif menunggu dengan penuh sabar.

Satu.....

Dua.....

Tiga.....

" Hey, apa ni? Siapa you ni? Hadif! Tolong I! "

Tengku Hadif sudah mengagak itulah reaksi isterinya. Dia tidak tahu bagaimana Rico mengawal Emilyn tetapi dia sudah siap berpesan pada pembantu peribadinya itu agar tidak terlalu berkasar dengan Emilyn.

" Hadif! Dia nak culik I! Hadif! " makin jelas suara nyaring Emilyn menandakan Rico dan Emilyn sudah hampir ke tingkat bawah. Dilihat Rico yang sedaya upaya menahan tubuhnya akibat rontaan kuat isterinya pada bahu pembantu peribadinya itu.

" Hadif, Hadif! Tolong I! " nampak sahaja figura suaminya, makin kuat Emilyn meronta. Dia lihat, Tengku Hadif bereaksi seolah-olah tiada apa-apa. Tak kan Tengku Hadif hanya tengok sahaja dia diculik? Ah, tak boleh jadi!

" Tengku Hadif. " ujar Rico sebaik sahaja berdiri di hadapan majikannya itu.

" Take her to the car. " Tengku Hadif memberi arahan.

" Hadif! Gila ke bagi dia culik I? You dah tak sayang I ke? I minta maaf okay. Kita pergi honeymoon. Kita pergi. I janji. Hadif, jangan macam ni. " Emilyn rasa mahu menangis saat ini. Dia cuba menggapai lengan Tengku Hadif namun lelaki itu hanya mengelak.

" Hadif! " bibirnya sudah tercebik. Sampai hati lelaki itu.

" Cepat, Rico. " mendengarkan arahan itu, Rico terus bergerak ke Vellfire hitam yang tersadai di hadapan banglo mewah tiga tingkat itu.

" Hadif!!! "

Tengku Hadif langsung tidak mempedulikan jeritan Emilyn. Nak bagi satu perumahan ni dengar agaknya. Siap mengunci pintu, kedua bagasi ditariknya. Dilihat Emilyn sudah berada di dalam kereta. Bukan main payah lagi Rico mengawal Emilyn agar isterinya itu tidak keluar dari kereta. Dengan bantuan Rico, kedua bagasi sudah berada di dalam bonet kereta.

Buka sahaja pintu di tempat duduk belakang, tubuhnya terdorong ke hadapan dek Emilyn yang menariknya. Terasa tangan isterinya itu memeluk dia erat. Tengku Hadif tersenyum.

Oh, kena macam ni ya baru nak macam ni. Okay, sayang.

" Hadif, I takut. Lelaki tu nak culik I. Please selamatkan I. " Emilyn sudah membenamkan wajahnya pada dada Tengku Hadif. Ah, tak kisahlah. Dia berada di paras bahaya ni tahu tak?

Hadif EmilynWhere stories live. Discover now