Rudy dan kawan kawannya ialah pelajar USM iaitu Universiti Sains Malaysia. Sewaktu cuti semester mereka berhajat untuk pergi berkhemah. Tapi lain pula jadinya. Mishal diculik oleh bunian jahat. Dengan pertolongan Alaui, Aalam dan Wazrah iaitu bunian baik di Kampung Perebah mereka dapat masuk ke situ. Sementara mencari Mishal, Rudy dapat tahu yang bonda dan adiknya masih hidup dan turut berada di dunia asing itu. Banyak kebenaran yang disembunyikan kini terbongkar. Allah telah memberi mereka petunjuk dan ujian satu persatu. Dan Nur Iman Qaisara dan Zahin Tashfeen? Apa hubungan mereka dengan Alam Bunian itu? Dan siapakah mereka?