★ROMANCE OF THE YEAR 2019 ~ Ice Award 2019 Ahmad Farish Adrian, anak kepada Dato' Radzi Izham dengan isteri pertamanya yang dibesarkan oleh ibunya di Perth Australia. Kedatangannya ke Malaysia semata-mata ingin berjumpa dengan ayah kandungnya dan terus jatuh cinta pada negara Malaysia. Dengan memiliki kelulusan akademik yang cemerlang, Farish dipelawa oleh Dato' Radzi Izham untuk menjadi Assistant manager di syarikat miliknya Farish berkenalan dengan seorang gadis jelita dan ayu, Irma Shazira, namun semasa usahanya mencuri hati Irma, Farish sering tersilap langkah, bukan setakat itu sahaja, Farish juga kerap menghantar mesej yang sukar untuk Irma fahami. "Kenapa abang awak tu asyik salah eja je setiap kali dia hantar mesej whatsapp pada saya?" _Irma Shazira. "Entah... Better awak tanya dia sendiri."_Danial Rafeeq. "Awark... Selam berkanalan dari saya!" (WhatsApp) _ Farish Adrian. "Selam?? SALAM bukan Selam!" (WhatsApp) _Irma Shazira.