[LAST MINE SERIES FROM EYCHAEYHEYN] Bodyguard.. Mungkin pada pandangan anda, bodyguard itu seorang yang dan menjadi jejaka idaman ramai, bukan? Tapi jangan terpedaya. Bodyguard yang dimiliki oleh Safra Aryana, atau lebih dikenali sebagai Ara, amatlah menjengkelkan dimana sifat memerli daripada bodyguard itu amatlah kuat. "Awak kalau sehari tak sindir saya tak boleh ke?!"~Safra Aryana "Laaa.. saya bukan sindir. Saya cakap perkara fakta. F. A. K. T. A. Ke tak faham lagi? Kalau tak faham lagi saya boleh bawak Cik Ara pergi tadika balik."~Ariq Anaqi Ya... Mereka terus bergaduh sampaikan ayah si gadis pun naik pening. Namun.... Kedatangan Ariq Anaqi, atau lebih dikenali sebagai Anaqi atau Ariq sebagai bodyguard Ara bukanlah sesuatu yang kebetulan. Lelaki itu datang dengan satu tujuan "Dia bukan manusia biasa yang datang jadi bodyguard kau semata mata nak duit je Ara. Dia dah berlambak duit. Syarikat dia ada di mana mana je di atas muka bumi ni. Dia cuma berlakon je. Kau tu yang bodoh."~Faiq Haikal Ada satu rahsia yang berkaitan dirinya dan Anaqi pada suatu masa... Dan apabila segalanya terbongkar, mampukah Ara menerima? "Saya percayakan awak. Sebab saya tahu, kalau awak ada niat jahat, dah lama awak buat. Sejak mula mula awak jadi bodyguard saya lagi. Tapi tengoklah sekarang, saya berjalan di tepi awak dan saya tak perlukan orang lain untuk jaga saya."~Safra Aryana "Tapi Cik Ara tak boleh terlalu percayakan saya. Sebab Cik Ara tak ada bukti yang saya ni baik. Lagi lagi Cik Ara tak kenal lagi siapa Ariq yang sebenar."~Ariq Anaqi