BOOK #2 of 𝕱𝖗𝖎𝖊𝖓𝖉𝖘𝖍𝖎𝖕 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (Sambungan Pada Subuh Yang Membawaku Pergi - Yaya Samad) Bismillah Jaga satu hati? Maaf, bukan ini yang ada pada hati seorang lelaki bernama Fahim. Lagi banyak perempuan, lagi bagus. Menjadi seorang ketua pelajar dan memiliki kekasih hati dalam satu sekolah yang sama adalah perkara normal. Mungkin boleh dikatakan okay selagi tak kena tangkap dengan cikgu disiplin time dating. "Tu boleh ubah hakikat ke yang Fahim tak layak jadi ketua pelajar kita?" -Megat a.k.a budak gila kuasa "Tahniah, Fahim. Kau dah jadi topik 'hangat' minggu ni." -Huda a.k.a tukang cari gaduh Fahim Luth. Ketua pelajar, aktif bersukan dan hebat dalam akademik. Namun, sehebat mana jika hampir satu sekolah membencinya hanya kerana isu makhluk bernama perempuan. Dan sejauh mana kepercayaan antara Fahim dan Dzulkarnain dalam persahabatan yang terjalin. "Kalau ada perempuan mainkan kau, aku mainkan hati dia balik." -Fahim Luth Jaga satu hati, pegang satu nama, simpan dalam hati, hingga hujung nyawa. Bukan untuk kekasih hati, tetapi untuk peneman sejati. "Kau okay?" -Iskandar Dzulkarnain Cinta monyet. Persahabatan. Perpisahan. *** Nota kaki: Buku ini ialah kisah Fahim, sahabat baik Iskandar Dzulkarnain. Boleh baca novel pertama dahulu untuk pemahaman yg jelas.