1st ❤ LoveStory ❤ by EYRA_SHAZLEYRA. Aleeya Afiera dipaksa kawin dengan kawan baik Zairel Zafwan yang langsung tak dikenali batang hidung. Setelah disahkan mengidap leukemia, Zairel carikan seorang lelaki yang akan menggantikan tempat dia di sisi Afiera. Lelaki yang Zairel yakin mampu menjaga adiknya. Akhirnya yang terpaksa jadi rela bila Afiera tahu siapa lelaki itu. Crush sendiri weh! Tak berbunga jiwa? Bertahun tengok dari jauh tup-tup jadi suami. Maknanya ini bukan kisah kawin paksa. Ini kisah bercinta selepas nikah yang kadang tahap sweet dia boleh potong kaki. Tapi rupanya bahagia yang diharap tak berpanjangan. Macam-macam dugaan menimpa walau bukan dengan kehadiran orang ketiga. Izz Khuzairi, seorang suami yang terlalu misteri. Perlu dirungkai satu persatu atau Afiera akan sentiasa dikuasai rasa di hati. Kadang dia hairan. Kuzer seolah-olah punya split personality. "You such a liar! Awak bukan seperti yang saya fikirkan." - Aleeya Afiera. "Coz I love you, sayang. I will do anything just for you." - Izz Khuzairi. Semakin lama hidup bersama, semakin tersingkap segala. Afiera walau kasar pada luaran tapi hati sebaliknya. Langsung tak mampu terima suami dia yang terlebih sweet itu rupanya seorang stalker. Lalu apa yang patut dia rasa? Apa yang perlu dia lakukan? Ketika Kuzer berusaha meraih kepercayaan kerana cinta dan tanggungjawab, Afiera makin menjauh. Ketika itu juga stalker sebenar munculkan diri merampas segala. Mungkin itu juga balasan Tuhan kerana dia sangsi dengan suami sendiri. Terlalu mengikut kata hati. Akhirnya Fiera dan Kuzer terpisah. Dipisahkan. Rupanya dia tak mampu kembali walau berpeluang melepaskan diri. Setelah terkurung, diseksa diri dan hati oleh manusia psiko, cinta tiba-tiba beralih arah. Lalu perpisahan yang dipinta. # PLEASE DO NOT COPY! # FEEL FREE TO VOTE & COMMENT. # EyraShazleyra@Terpelihara. # Publish on November 2019
14 parts