Cintamu bersulamkan bahana, Namun pada cinta itu juga aku menagih rasa, Meskipun hayat ku dalam bahaya. Pertemuan aneh antara Adella Fitriyah dan Luth Mikael memang tidak pernah dijangka. Luth Mikael yang lebih kasar perwatakannya bertemu dengan Adella Fitriyah yang teguh pendiriannya. Mungkin kerana fitrahnya sebagai manusia, lelaki bongkak itu tetap diletakkan bawah jagaannya. Tanpa Adella sedar, ada ombak bahaya yang bakal membadai dirinya. Luth Mikael, bukan manusia biasa. Lirikan tajam mata helangnya mampu membuatkan semua gentar, takut membuahkan kata-kata. Luth Mikael kisah apa? Bahkan dia rasa berkuasa. 1001 rahsia hati keras itu menyimpan, dirinya 24 jam diancam bahaya. Jikalau bukan kerana ombak, pasir di pantai tak terhakis juga. Jika bukan kerana satu salah langkah, hidupnya pasti takkan punah. Bukan semua perkara indah berhak untuk dimiliki. Kadang-kala, perkara indah hanya untuk diamati dari jauh. - Luth Mikael