Eva Rafael merupakan seorang secretary yang diupah oleh musuh syarikat untuk menjatuhkan Qael Corporation. Eva yang juga nakal, manja dan cukup menggoda.. mana mungkin ada yang sanggup menolaknya. Menggoda, digoda dan tergoda. Qael Zamani kelihatan normal. Mudah didekati dan merupakan majikan yang peramah. Misi Eva pastinya menjadi lebih mudah disebabkan sikap yang dimiliki oleh Qael. Namun, Qael merupakan lelaki yang belum pernah mempunyai teman wanita kerana semuanya hanya yang tergila-gilakan dia. Pendek kata semua belum ada yang menepati cita rasanya. Eva. Sekali pandang saja Qael sudah ternganga. Jantungnya laju berdegup. Matanya tidak mahu lari dari memandang wanita bernama Eva. Eva tanpa segan silu mengaku dia adalah seorang janda. Makin tergodalah dia kerana pernah dia mendengar, janda lebih 'berpengalaman'. Eva menggoda. Qael tergoda. Eva digoda. Qael menggoda. Hingga satu tahap kedua-duanya bingung. Apakah ini cinta atau sekadar nafsu?