「 𝓗𝓮'𝓼 𝓬𝓱𝓮𝓮𝓻𝓯𝓾𝓵 𝓫𝓾𝓽 𝓱𝓾𝓻𝓽𝓼 𝓪 𝓵𝓸𝓽 」 ❝Siapa panggil aku roti tadi?❞ ❝Aku. Aku yang cakap nama kau roti.❞ Jika bukan kerana insiden kebudak-budakan itu, Zarif dan Zetty mungkin tak akan mengenali sesama sendiri. Sememangnya bukan sesuatu yang romantik bagi permulaan kisah mereka. Tetapi, entah bagaimana gadis itu seakan mula merasai satu perasaan yang pelik di dalam hatinya selepas itu. Bukan itu sahaja, memori sebelum tragedi kemalangan Zetty dahulu juga serba sedikit dia peroleh sejak bertemu jejaka itu. Semuanya berpunca daripada Zarif termasuklah membuat gadis yang sukar mahu senyum itu akhirnya tersenyum lebar. ❝Kenapa kau nak jadi kawan aku?❞ Zetty mula rimas bila Zarif selalu lagak seperti mereka berdua itu teman. Walhal, dia langsung tidak pernah mengenali lelaki itu. Namun, si gadis tidak mengetahui tujuan tersirat Zarif melakukan semua itu. Sang jejaka hanya mahu melunaskan perjanjian yang dibuat dengan sahabatnya, Zaim suatu masa dahulu sahaja. Segala perkara yang Zarif buat pastinya bersebab. Meskipun bukan untuk kebaikan dirinya, dia rela buat apa jua untuk kebaikan orang lain. Siapa sangka? Perlahan-lahan, mereka berdua menjadi rapat atas usaha Zarif yang tak mengalah. Semestinya, Zarif girang. Tetapi, satu per satu perkara yang tak diingini muncul tanpa dijangka, menyelubunginya dengan penuh rasa bersalah seumur hidup. Zarif semakin benci dengan diri dan nasibnya. Cinta? Sudah tentu. Cerita ini merupakan kisah cinta mereka berdua. ❝Don't you ever forget me. Okay, my Pikachu?❞ ❝Aku tak akan pernah lupakan kau, lelaki roti.❞ ⚠︎ NO PLAGIAT, OR KULIT KAU KENA SIAT ★ TERSANGAT DIGALAKKAN UNTUK VOTE ✍ KOMEN? DIALU-ALUKAN~ ☠︎ KALAU TAK SUKA, BOLEH DIPERSILAKAN BLAH
46 parts