Versi pertemuan pertama, Tya Zenia sudah benar-benar jatuh hati kepada jejaka beranak mata hitam pekat itu. Segak bersut hitam. Rambut coklat mudanya tidak terlalu panjang, tidak terlalu pendek. Beralun lembut ketika angin menyapa. Bila si jejaka tersenyum, terpamer eye smile yang memukau. Tya terpedaya. Benar-benar terpedaya. Versi pertemuan dua tahun selepas itu, Tya rasakan ada kelainan pada sang pemilik hatinya itu. Tatapannya, senyumannya, tawanya... Semuanya benar-benar berubah! Tiada lagi tatapan lembut yang sentiasa buat Tya tenang. Tiada lagi senyum manis yang buat Tya angau tidak boleh tidur malam. Yang tinggal hanyalah... tatapan intens dan tajam. Bibir merah jambu itu pula hanya tahu ukir senyum sinis. Memang jantung Tya berdegup kencang. Tapi kencang kerana rasa ingin melarikan diri. Tapi orang kata, cinta itu buta. Tya butakan mata demi perasaan cinta terhadap si jejaka pujaan hati. Hari demi hari berlalu tanpa mengira waktu. Tatkala satu per satu rahsia terbongkar, Tya jatuh terduduk. Lemah longlai lutut. Kenyataan demi kenyataan menghempap Tya jatuh ke lantai bumi. "Sia... Siapa awak sebenarnya?" "I'm your husband, my Zenia." Tatkala itu, Tya rasa seperti ingin 'mati'. Tya buntu. Siapa sebenarnya gerangan yang selama ini memegang gelaran sebagai suami? Siapa dia? Apa yang dia mahukan daripada Tya? "Jangan dekat! Ceraikan saya!" "Never say that again, sweetheart. You're my wife. You're mine till death do us part."-KQ. Aku tak sempurna...