Berdasarkan animasi Puteri terbitan Les' Copaque Productions, mengisahkan Puteri Kasturi, berserta 4 orang lagi Puteri lain iaitu Puteri Manis, Puteri Purut, Puteri Bali serta Puteri Nipis yang dikurniakan kuasa sakti bagi menghalang kejahatan Raja Bayang daripada membuat kerosakkan kepada Kerajaan Limau. Dihimpit satu ramalan bahawa sebuah kemunculan malapetaka kepada Kerajaan Limau yang semakin menghampiri memaksa mereka berlima bersedia ke medan perang jauh lebih awal. Mampukah mereka mengembalikan keamanan ke tanah air yang mereka cintai sebelum semuanya terlambat?