𝐓𝐚𝐚𝐫𝐮𝐟 Cinta diantara dua makhluk yang berlainan jantinanya. Zara Zulaikha dilahirkan dan dibesarkan di kampungnya di Alor Setar, Kedah. Hanya dibesarkan oleh bapanya selepas pemergian ibu nya ketika dia masih berusia 10 tahun. Kini usianya mencecah 24 tahun. Pekerjaannya juga tidak terlalu hebat. Hanya guru di sekolah rendah di kampungnya itu. Dari zaman remaja lagi hatinya terpaut pada lelaki yang sekampung dengannya. Haris Firash. Haris sekarang berusia 26 tahun. Boleh dikatakan kebanyakan anak dara disitu jatuh hati pada Haris. Pekerjaannya juga bukan biasa-biasa. Seorang pensyarah di Universiti Malaya. Apabila dia pulang ke kampung,tentu saja ada saja gadis yang cuba pikat dirinya dengan cara ke masjid. Mereka tahu, lelaki itu selalu ke masjid untuk solat jemaah. Jadi mereka ambil kesempatan itu untuk menunjukkan bahawa mereka sangat baik pada Haris. Berbagai cara mereka gunakan untuk dapatkan hati lelaki itu namun Haris bertindak biasa saja dan menganggap mereka hanya lah kawan sekampung saja. Apabila Zulaikha merasakan bahawa terlalu ramai saingannya untuk mendapatkan Haris dia memilih untuk meminang Haris. Dengan harapan akan diterima Haris namun... Kecewa yang dia dapat apabila Haris menolak pinangannya. Tentu saja Haris hairan. Mereka tidak pernah rapat. Malah berborak pun tidak,hanya kenal sebagai jiran kampung saja. Tup,tup dipinang. Lelaki itu mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Zulaikha sendiri. "Saya tak cukup layak lagi ke untuk awak?" -Zara Zulaikha "Saya yang belum cukup layak untuk awak." -Haris Firash. Haris mengambil tindakan untuk bertaaruf dengan gadis itu dahulu. Sehingga mereka benar-benar kenal antara satu sama lain dan Haris akan menghalalkan Zulaikha jika diizin Allah.