Haifa Ariana, seorang gadis malang yang menjadi mangsa tebusan kesilapan kedua ibu bapanya di masa lalu. Masa hadapan gadis cantik ini digadai begitu sahaja oleh ibunya sendiri untuk melangsaikan segala hutang-piutang keluarga. Cita-cita yang diimpikannya sejak kecil lagi lebur begitu sahaja kerana ketamakan dan keegoan insan yang digelar sebagai seorang ibu. Tidak pernah ada yang indah tentang kisah hidupnya. Sejak kecil dia dibesarkan dengan trauma yang bagaikan tiada penghujungnya. Harraz Rykal, lelaki yang sentiasa bersikap tinggi melangit. Rupa, harta, kuasa, wanita. Apa lagi yang tidak boleh dimiliki olehnya? Oleh kerana hidup yang dimewahkan dengan pakej lengkap nikmat dunia, Harraz tidak pernah berasa ada yang lebih berkuasa daripadanya. Semua orang yang berurusan dengan lelaki ini pasti akan tertunduk dengan kedinginannya. Sesiapa sahaja yang menyebabkan rancangannya terganggu akan dihabiskan oleh tangannya sendiri. Dia berasa dia mampu mengambil nyawa sesiapa sahaja sebelum tiba waktu yang sepatutnya. Ya, sedingin itu lelaki yang bernama Harraz Rykal ini. "You're mine. From now on, nobody can take you away from me. Apa yang aku nak aku mesti dapat, Haifa." - Harraz Rykal Namun setiap yang dilorongkan oleh Tuhan tidak pernah salah arah. Tragedi yang tidak pernah disangka akan terjadi menimpa si gadis malang, Haifa Ariana, dan menyebabkan dia boleh bersatu dengan belahan jiwanya yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. "I don't deserve to be happy until the day i die." - Haifa Ariana "And i'll never give up to make you happy until the day i die." - Harraz Rykal Adakah seorang wanita yang bersifat bidadari syurga boleh menundukkan lelaki seperti Harraz Rykal?