Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah mudah bagi Thalia. Namun, dia tidak punya pilihan. Membesarkan anak tanpa seorang suami memberi dia kekuatan untuk terus hidup. Ayan adalah segala-galanya buat Thalia. Tanpa permata berharga itu, dia takkan mampu bertahan sehingga ke detik ini. Kemunculan Zayd di dalam hidup Thalia membuatkan dia rimas. Kalau bukan kerana tuntutan kerja, sudah lama dia melarikan diri dari lelaki itu. Thalia tidak suka melihat kemesraan antara Ayan dan Zayd. Gara-gara hubungan lepas, dia serik ingin membuka hati kepada insan bergelar lelaki. "Kenapa you asyik lari dari I, eh?" - ZAYD DAHLAN "Sebab saya tak suka encik rapat dengan anak saya." - THALIA ZINNIRAH Apa boleh buat jika hati sudah terpaut? Zayd yakin Thalia adalah wanita yang tepat untuk dijadikan isteri. Tambah pula, memang ini yang Puan Kamalia mahukan daripadanya, seorang menantu. Pabila terbongkar sebuah kenyataan, payah Zayd ingin menelan. Perasaannya bercampur baur. Namun dia cukup yakin, keputusannya untuk mengahwini Thalia adalah yang terbaik. "Izinkan I jaga you dan Ayan, sehingga nafas terakhir I." - ZAYD DAHLAN ˚ ༘'✦ ˑ ִֶ 𓂃⊹ Mula : 19 April 2024 Tamat :