"Phewitt...!" Ah, sudah! Zarina menepuk dahi. Dia ternganga, merenung Farah yang tersengih-sengih memandang lelaki tadi yang turut mengalihkan pandangannya ke arah mereka. "I love you, Mr. Badang!" Sambung Farah sebaik sahaja dia bertentang mata dengan lelaki yang ketawa dengan aksi berani matinya, sebelum dia ditarik Zarina yang merah padam mukanya kerana menahan malu. [Cerita lama dalam bahasa Malaysia yang ditulis semula. Kisah pensyarah jatuh hati dengan pelajar senget dan gila-gila. Semoga terhibur dengan keletah gila-gila mereka.]