Menceritakan tentang seorang gadis yang terpaksa berjumpa dengan seorang lelaki bernama Daniel Mikael atas urusan kerja. Disebabkan oleh itulah, mereka berdua dipertemukan buat kali kedua setelah lapan tahun tidak bersua muka. Tetapi siapa sangka bahawa pertemuan tersebut telah menjadi satu kemalangan yang membuatkan mereka terpaksa bersama seumur hidup. "Nampaknya, kita dah berkahwin free hari ini. Betul tak, Darling?" soal Daniel dengan nada nakal. Dia hanya terima sahaja ketentuan yang diperbuat untuknya tetapi misinya untuk membunuh seseorang masih menjadi matlamatnya ketika ini. "Aku nak bunuh serigala jadian," katanya bersama senyuman halus. Sesiapa yang tidak tahu akan senyuman tersebut akan merasakan ianya manis tetapi bagi yang mengenalinya akan merasa ketakutan. Ujian mereka datang satu demi satu. Ada yang cuba mendedahkan identiti si gadis tetapi si suami hanya memandang dengan sebelah mata sahaja. "Aku percaya dengan isteri aku. Dia tak akan lakukan perkara terkutuk itu," bela si suami membuatkan si 'DIA' marah. Rancangan si 'DIA' untuk menjatuhkan si gadis akhirnya berjaya. Segala jenis harta syarikat dan maruah gadis itu akhirnya tercalar disebabkan oleh rancangan 'DIA' tetapi siapa sangka bahawa si suami masih setia bersamanya di sisi. "I will always by his side no matter how hard or how easy it is. We will face it together even if the test tat comes is death," kata Daniel tegas memengang prinsip hidupnya untuk bersama si isteri tercinta. Dan siapa sangka bahawa itu semua adalah rancangan mereka untuk jatuhkan si 'DIA'. Si gadis sengaja membiarkan si 'DIA' menang dan menyanjung tinggi diri sendiri supaya ketika lelaki itu jatuh, dia akan mendapatkan kejatuhan yang hebat. "Aku pernah cakap dahulu. I don't mind losing everything but i only care when my husband is not by my side. I just want him to stay by my side and give me ancouragement to continue to succeed," kata si gadis membuatkan si suami tersenyum terharu.