"Buktikan yang aku masih ada pilihan."
Sepuluh tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Kisah yang berlatarkan silam hitam yang berbeza bertembung menjadi sebuah jalan cerita yang terpaksa mereka lalui bersama.
"Aku tak ada niat pun nak tembak orang. Kecualilah kalau kau nak jadi bahan uji kaji." - RIAYA SAFAIRA
"But you're the one who made the first kiss, darling."- KARL HADRIEL
Bukan pilihan dia itu untuk dinafikan oleh darah dagingnya sendiri. Hati yang membengkak bertambah parah bila dia diserahkan bulat-bulat pada lelaki tua yang menggelar dirinya sebagai 'ayah'. Kalau sahaja dia tunduk pada suara fikirannya, pasti sudah lama dia menamatkan riwayat hidupnya. Sehinggalah ada sinar harapan yang cuba mencapai genggamannya yang rapuh.
"I barely have a good night sleep because i think too much about you."
Wanita itu adalah segala-galanya pada hidupnya walhal Hadriel sedar yang Aira seperti kuntuman yang dikelilingi duri. Dia cuba menjadi satu-satunya pilihan terbaik untuk Aira.
"Kalaulah bahtera yang terbina ini tak bertahan lama, mungkin sebabnya adalah aku." - RIAYA SAFAIRA
"Aku tak minta untuk kau mengharap. Aku cuma minta kau percayakan aku." - KARL HADRIEL
Umpama mimpi ngeri yang berterusan dengan nyawa sebagai cagaran. Tetapi untuk seorang Karl Hadriel, walau nafas di hujung tanduk sekali pun dia sanggup memperjudikan segalanya. Kerana dia sedar, sekali dia benarkan wanita itu menapak ke dalam hidupnya, tiada jalan keluar untuk Aira berpaling pergi darinya.All Rights Reserved