Bekerja sebagai seorang penyamar upahan telah mengubah Skyla April Caesar kepada versi dirinya yang baru. Sering menjadi mangsa beauty privilege menyebabkan dia bertekad untuk mengubah dirinya menjadi seorang yang tidak mudah ditindas oleh orang lain. Peristiwa masa lalu meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam diri Skyla sehingga dia memegang teguh terhadap prinsip hidupnya iaitu tidak akan membiarkan dirinya mengalami perasaan untuk mencintai seseorang dengan setulusnya. Tetapi takdir seolah-olah mempermainkan dirinya apabila prinsip yang telah ditanam bertahun-tahun itu seolah-olah tidak lut untuk seseorang insan yang sering kali dipertemukan dengan dirinya tanpa sengaja biarpun di bumi Malaysia sehinggalah ke seberang negara jiran bumi Indonesia. Aku menyukai langit kerana hatiku merasa tenang saat menatap keindahan langit Aku suka mengambil foto saat matahari terbenam kerana senja telah memberikan aku sebuah makna bahawa akhir juga boleh menjadi Indah ~Skyla April Caesar~ Kehadiran mu membuatkan aku percaya apa itu takdir Kehilangan mu membuatkan aku berusaha untuk mengubah takdir When someone you love become a memory, the memory becomes a treasure. ~Dominic Gideon Levin~