Elvina Sofea, seorang gadis rupawan yang telah dibesarkan oleh bapa kandungnya. Dia menjalani kehidupannya dengan penuh gembira sama seperti rakan-rakannya yang lain walaupun ibunya telah lama meninggal dunia. Tetapi, kehidupannya mulai berubah selepas bapanya membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang wanita yang tidak diketahui daripada mana munculnya. "Pia tak setuju! Papa sanggup cari perempuan lain untuk gantikan tempat mama?" -Elvina Sofea- Kian hari, kehidupannya berubah. Layanan yang diberikan oleh bapanya tidak lagi sama seperti dulu. Dirinya yang selalu dimanja, dipuji sudah hilang selepas perkahwinan bapa dan ibu tirinya. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Nyawa seorang manusia yang penting dalam kehidupan Pia diambil oleh yang Maha Esa. Segala sisi gelap ibu tirinya muncul selepas kematian ayahnya. Memuaskan nafsu lelaki? Itu sudah menjadi pekerjaan ibu tirinya pada setiap malam. Demi mendapatkan keuntungan yang berganda, Pia dipaksa untuk melakukan pekerjaan yang kotor itu. "Jangan risau, aku akan bawa kau keluar dari lorong ini" -Tengku Ameer Arayan- Siapakah lelaki itu? Mengapakah dia menolong Pia?