Naura Insyirah. Gadis yang tumbuh menjadi bunga yang indah dalam jagaan keluarga angkatnya. Hidupnya bahagia di samping keluarga itu. Dia ditatang bagai minyak yang penuh. Namun, terdetik juga rasa rimas kerana hidupnya tidak seperti gadis seumurannya. Dia dijaga dan dikawal setiap masa. "Abang tak suka Naura kawan dengan budak tu." - Fakhrul Raihan Setiap kali ada yang mahu berkawan dengannya, pasti Fakhrul iaitu abang angkatnya akan menghalang. Hubungan mereka berdua pada mulanya baik sahaja namun, kehadiran isteri Fakhrul semakin lama membuatkan hubungan mereka berdua mulai renggang. "Kau ni memang tak sedar diri ke apa? Fakhrul tu cuma abang angkat kau je tau? Kenapa kau mesti menyusahkan dia, macam dia tu abang kandung kau? Kau tak malu ke?" -Maira Haneesa Naura sedar akan posisinya dalam keluarga itu. Dia cuba menjarakkan diri dari Fakhrul. Tanpa dia sedari, nyawanya mula terancam akibat dendam seseorang. Fakhrul pula seboleh mungkin melindungi gadis itu dari disakiti oleh sesiapa pun. "Abang pembunuh!" -Naura Insyirah Apakah punca yang menyebabkan Fakhrul dituduh sebegitu? Siapakah yang mengancam nyawa Naura Insyirah? Mampukah Fakhrul menjadi pelindung buat gadis itu?