Airis Dania, seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan salah seorang pelajar harapan sekolah untuk memasuki sekolah berasrama. Iskandar Sofian pula, seorang pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah. Dia juga berjawatan pengawas. Selain itu juga, dia merupakan seorang jejaka yang menjadi idaman para pelajar perempuan. Bahkan, Iskandar Sofian juga menjadi salah seorang pelajar harapan sekolah untuk memasuki sekolah berasrama. Walaupun dia berjawatan pengawas dan cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah, tetapi perangainya amat menyakitkan hati seorang Airis Dania. Airis Dania dan Iskandar Sofian bagai anjing dengan kucing. Mereka selalu mahu bergaduh. Kalau mereka tidak bergaduh satu hari, bagai akan mati sahaja. "Iskandar! Mana botol air aku?!" - Airis Dania "Manalah aku tahu." - Iskandar Sofian "Kau ni.. Kau jangan pura-puralah! Sebenarnya kau yang sorokkan botol air aku kan?!" - Airis Dania Suatu hari, mereka berbaik. Tidak lama selepas mereka berdua berbaik, sebuah peperangan besar telah berlaku antara Airis Dania dan Iskandar Sofian sehingga menyebabkan mereka berdua tidak bertegur antara satu sama lain. Mampukah hubungan mereka berkekalan ataupun terputus ditengah jalan? Apakah yang telah berlaku antara Airis Dania dan Iskandar Sofian sewaktu mereka bergaduh secara besar-besaran sehingga menyebabkan mereka tidak lagi bertegur? Apakah yang akan terjadi selepas itu?