HANYA SEKADAR EPISOD Cinta dalam diam. Itulah kisah Muhammad Zulkarnain dan Mawaddanul Arsya. Cinta mereka tidak pasti hingga ke pelamin atau tidak. Takdir mereka tidak pasti. Masing- masing berjuang dalam diam melalui doa. "Ya Allah, kau tahu hati ini sudah terikat suka akan seorang insan ciptaan-Mu. Tapi aku takut, cinta yang belum waktunya menjadi penghalangku untuk mencium syurga-Mu. Berikanlah aku kekuatan untuk menjaga cinta ini sampai tiba waktunya, andaikan engkau pun mempertemukan aku dengannya kelak. Berikan aku kekuatan untuk melupakannya sejenak. Bukan kerana aku tidak mencintainya, tetapi aku sangat mencintainya." - MUHAMMAD ZULKARNAIN. Adakah takdir menyebelahi mereka atau disebaliknya?