A story about an annoying stupid city boy who's always acting cool- And Aidid Hazrieq, his uncle need to take care of him. Kalau Albert Einstein sangat terkenal dengan kepandaiannya, anak saudara aku pulak sangat terkenal dengan kebodohannya. ********************************************* "Kau ni pura-pura bodoh atau memang bodoh?", aku pandang tepat pada muka si tenuk bernama Luth Haidar sambil tangan tengah menyemak kertas-kertas jawapan a.k.a homework anak buah aku. "Luth tak tahu apa-apa,Luth cuma seekor timun", balasnya dengan riak muka yang terlalu 'innocent'. Aku angguk, dan aku senyum sebelum aku capai pembaris kayu berukuran 100cm hak milik kepunyaan diri sendiri ketuk kepala Luth. "Sejak bila timun jadi binatang,jebon?", aku ketuk lagi sekali, tapi kali ni dekat tangan dia pulak. Melompat dia sebab sakit. "Sakitlah,paksu! Paksu ni...tak berperikebinatangan langsung!", bibir dimuncung serupa mulut itik. Aii...perkataan baru Kamus Dewan Bahasa siri terbaru ke? "Berperikemanusiaan, tuyul!", dahi dia aku jentik kasar. ********************************************* "Paksu nak tahu tak apa beza Paksu dengan babi--i mean--cute khinzir such as Peppa Pig?",tanya Luth selepas perbetulkan perkataannya tadi. Aku jeling jer budak ni... "Tak tahu dan taknak ambik tahu. Dah shoo shoo,pergi main sana",balas aku dengan nada malas. "Jawapannya...Takde beza, dua-dua sama!", kemudian dia terus lari lompat keluar ikut tingkap. Tak lama lepas tu aku dengan dia jerit sakit sebab terseliuh. Aku urut dahi seketika, keluhan berat dilepaskan. Ya Allah, apalah dosa hamba-Mu sampai kena hadap budak seperti ni...?