Aisyah Khadijah adalah gadis berdarah kacukan cina-melayu. Seorang yang cantik tapi tak mudah nak menerima sesiapa dalam hatinya. Dia juga melanjutkan pelajarannya di UK dan tanpa dirancang bertemu dengan seseorang. Thomas Aylmer adalah seorang lelaki yang berbangsa British. Bukan itu sahaja, dia mempunyai daya tarikan tersendiri tapi hanya setia pada yang sorang sahaja dan tanpa dia sedari, hatinya makin tertarik pada gadis kacukan ini. Berasal daripada keluarga yang berpengaruh dan seorang yang bekerjaya dalam dunia perniagaan. Dua insan ini bertemu tanpa diduga. Tanpa disedari bunga sudah berputik indah antara mereka berdua tetapi ramai musuh yang ingin meracuni bunga itu. Adakah mereka akan bersama? Adakah mereka berdua mampu mempertahankan cinta mereka? Mungkinkah cinta mereka akan berpanjangan sehingga ke jannah?