BAB 4

127 23 3
                                    

☆☆☆☆☆

"Ada lohong baru..." kata Aila tidak percaya.

Jumantara mengangguk perlahan tanda setuju. Air mukanya nampak serius.

Aila pula sebaliknya, dia ketakutan. Mengetahui kewujudan lohong putih itu sudah cukup membuatkan dia terkejut, diikuti dengan kewujudan mahluk itu dan sekarang, lohong kedua pula.

Jumantara memandang gadis di sebelahnya. "Aila, kau okay?" soalnya. 

Aila menggeleng perlahan, dia mahu menangis tetapi di tahan. Tak mungkin dia tak akan menangis setelah melihat benda yang pelik, besar dan menakutkan itu tadi! Lebih-lebih lagi di dalam tubuh mahluk itu, ada cecair perak yang memenuhi tubuh mereka! Menakutkan! Sudahlah tiada wajah, dah macam hantu perak!

Setelah melihat mahluk-mahluk tadi mula menghilang. Aila dan Jumantara serentak menghembuskan nafas lega. Macam baru lepas  menyorok sebab buat salah.

Aila segera mencapai kasut dan terus berdiri menuju ke kerusi berdekatan. Jumantara pula setia di tangga, memakai kasutnya di situ.

"Aila! Juman!" suara Laura daripada atas membuatkan mereka berdua mendongak.

"Syukurlah! Nasib baik korang berdua tak ada apa-apa!" ucap Laura sambil berlari ke arah mereka, diikuti dengan Fahim dan Malik daripada belakang.

Laura datang memeluk Aila dengan erat tetapi gadis itu terpinga-pinga. Bagaimana Laura tahu dia dan Juman berada di sini?

"Kejap... Kau pun... tahu pasal benda tu, Laura?" soal Aila mensyaki sesuatu. Mana tidaknya Laura berlari ke arahnya dengan wajah yang penuh cemas.

Laura mengangguk laju. Risau betul dia tadi. Dia tidak boleh membayangkan apa yang akan terjadi kepada kedua rakannya itu.

Setelah sepuluh minit, Jumantara tidak pulang ke kelas, dia dan Fahim dapat mengagak yang Aila dan Jumantara berada di dalam bahaya. Disebabkan itulah, dia, Fahim dan Malik segera mencari mereka berdua.

"Kau seorang sahaja yang baru tahu," balas Malik lalu menguap sambil mengeliat bebas. Sebenarnya tadi dia sudah lena diulit mimpi, tapi Fahim mengejutnya seperti bangunan hendak roboh. Terganggu tidurnya.

Kening Aila bertaut rapat. Dia seorang sahajalah yang masih keliru?

Rakan-rakan sekelasnya sudah tahu kewujudan mahluk itu sejak awal lagi.

Laura duduk di sebelah Aila, lalu menghulurkan botol air kepada gadis albino itu.

Aila segera menyambut huluran Laura. Penutup botol dibuka lalu dia meneguk air mineral dengan rakus.

Tiga jejaka yang berada di situ berdiri di hadapan mereka berdua. Mereka seperti... hendak menyoal siasat.

"Aila, sejak bila kau mula perasan dengan kewujudan lohong putih tu?" Fahim mulakan dengan soalan pertamanya. Wajahnya nampak sangat musykil.

"Tadi," jawab Aila senada.

"Jadi, selama ini... kau memang tidak pernah nampak kewujudan lohong tu di situ?" soalan Malik pula.

Aila menggeleng. Ini merupakan kali pertama dia melihatnya dan dengan harapan yang tinggi, dia mahu ini menjadi kali terakhir buatnya.

"Apa benda yang aku nampak tadi tu? Kenapa semua seperti dah tahu tentang perkara ni? Kenapa aku seorang sahaja yang masih tak tahu apa-apa?" soalnya.

Mereka semua serentak memandang Jumantara. Mungkin mahu Jumantara yang menceritakan semuanya.

"Di dalam kalangan kita semua, aku ialah orang pertama yang tahu kewujudan mahluk itu di dalam sekolah ini," jelas Jumantara.

Kemudian, dia menyambung lagi.

"Aku tak tahu kenapa aku dapat melihat mahluk tu. Pada mulanya, aku fikirkan hijab mata aku terbuka, tapi hari demi hari bukan aku seorang sahaja yang dapat lihat mahluk itu. Fahim juga ada menunjukkan lohong putih itu kepada aku tempoh hari," sambung Jumantara.

Aila mendengar dengan khusyuk.

"Kemudian, Laura diikuti dengan Malik, dan kemudian kau Aila," sambung Fahim.

Aila mengangguk faham. Maknanya dapat disimpulkan perkara ini berlaku secara berperingkat.

"Jadi, hijab mata kita semua dah terbuka??" soal Aila.

Malik menggeleng.

"Ini bukan soal hijab terbuka ataupun tidak," balasnya.

"Jadi, tadi tu apa? Bukankah itu hantu?" soalnya lagi.

"Bukan.. itu ialah mahluk daripada dimensi lain..." balas Fahim. Suaranya serius.

Jumantara mengangguk.

"Dimensi lain?"

"Ya. Dimensi kita dah dicerobohi..." balas Malik.

Wajah Aila berkerut.  Matanya tepat merenung lantai memikirkan apa yang Malik katakan itu.

"Aila." seru Laura.

Aila mengangkat wajah, memandang gadis di sebelahnya. Air mukanya jelas kelihatan risau.

"Lepasni, jangan balik lewat daripada perpustakaan. Kami risau kalau perkara ni berulang lagi," pesan Laura. Dia tak mampu bayangkan jika rakan-rakannya bertemu dengan mahluk seperti itu sekali lagi.

"Aku tak risau," Malik mengangkat kedua-dua belah tangan ke bahu. Dengan wajah yang tidak bersalah, dia berkata-kata benar.

Aila hanya memandang Malik dengan wajah meluat. Ingat dia heran sangat ke kalau Malik tu kesah pasal dia?

"Ha pandanglah aku macam tu. Aku cungkil mata kau nanti," kata Malik serius, dengan gaya tangannya yang hendak mencungkil mata Aila.

Huh! Ingat Malik takut?

Fahim segera memukul belakang kepala Malik. Jejaka ni, walaupun di dalam situasi yang sebegini, masih lagi mahu bergaduh dengan Aila.

"Auh!" Malik menggosok belakang kepalanya.

Laura menggeleng. Dia memandang Aila semula lalu tersenyum.

"Aku lega sebab kau selamat," katanya.

Aila tersentuh. Kata-kata Laura itu betul-betul menyentuh hatinya. Aila sedar situasi tadi sangat bahaya. 100% berbahaya.

"Eh! Jomlah balik kelas. Banyak lagi kerja yang kita kena buat ni," ajak Fahim. Dia sudah bergerak terlebih dahulu untuk menuju ke kelas.

"Kejap. Aku masih ada beberapa pertanyaan." halang Aila.

"Apa lagi?" kata Malik memandang aku tidak puas hati.

"Makhluk itu, berbahaya atau tidak?"

To be continued...

■■■

Update : 1 Mar 2021
2nd update: 1 Nov 2023
3rd update: 13 Dec 2023
4th update: 23 March 2023

💕

GENIAL : SLIVARYWhere stories live. Discover now