BAB 18

116 10 7
                                    

☆☆☆☆☆

"Sudah selesai ya, Encik Hadi." Naji segera menempelkan kapas di atas lengan seorang lelaki 40-an yang baru sahaja mengambil suntikan wajib yang perlu diambil oleh rakyat di negara ini. Sebelum lelaki itu berlalu pergi, dia menghadiahkan sebuah senyuman setelah menerima ucapan terima kasih.

Setelah biliknya kosong, Naji melihat jam di telefon pintarnya. Sudah masuk waktu rehat tengahari, tetapi dia masih lagi belum lapar. Entah mengapa sejak beberapa hari ini, dia tidak mempunyai selera untuk makan.

Tambahan lagi perbualannya bersama Alif baru-baru ini, kata-kata Alif yang mengungkit kembali perihal yang lalu membuatkan hatinya tidak dapat bertenang. Masih ada satu harapan yang terselit di dalam hatinya.

Naji menyandarkan tubuhnya kebelakang. Dia memejamkan mata lalu mengeluh perlahan.

'Jadi, doktor tahu kewujudan 'No face'?!'

Tiba-tiba perbualannya bersama Aila tempoh hari menjelma di fikiran.

'Benda tu macam manusia tapi... dia bukan manusia.. tak ada muka.. tak ada mata, tak ada mulut..'

"Description yang Alif berikan, sama seperti 'no face' yang Aila kata... adakah ianya satu kebetulan atau mereka berdua memang nampak sesuatu yang sama?"

'Doktor Naji percaya tak kalau Aila cakap, Aila nampak mahluk dari dimensi lain?'

"Mahluk dari dimensi lain..." bicaranya perlahan. Lama dia merenung kosong dinding di hadapannya. Wajahnya tidak berekspresi tetapi kesakitan di hatinya tak mampu di ungkapkan.

Naji mengambil bingkai gambar yang memang setia dia letakkan di dalam biliknya di suatu sudut. Wajah-wajah yang terpampang di situ dia perhati satu persatu sehinggalah matanya hanya melekat pada seseorang.

Seseorang yang dia cintai...

"She's not even here. Stop it Naji..." Rahangnya diketap kuat. Tidak menyukai jika dirinya kembali bersedih begini.

Dia amat bencikan dirinya yang dahulu. Dia tak mahu versi itu kembali lagi. Kini dia ialah Naji yang baharu, yang mempunyai gelaran doktor, yang akan merawat pesakit-pesakitnya dengan baik.

*Tok! Tok!*

Ketukan pintu sebanyak dua kali membuatkan Naji mengalihkan pandangannya.

"Masuk-"

"Hai, Naji! Jom lunch?"

Gadis yang baru muncul itu sedang tersenyum manis kepadanya. Melihat wajah Naji yang keliru itu dia menunjukkan jam tangannya lalu mengayakan gaya seperti menyuap makanan ke dalam mulut.

"Maaf Yumi, saya masih tak lapar... terima kasih pelawa," Naji menolak lembut sambil menghadiahkan senyuman tipis.

Wajah Yumi cemberut, walaupun tawarannya baru sahaja ditolak mentah-mentah, dia masih menanti jejaka itu di hadapan pintu.

Naji kembali merenung gambar di hadapannya tidak menghiraukan Yumi. Memang kebiasaannya, dia akan makan tengahari bersama Yumi, itupun bukan selalu kerana mereka berdua selalu sibuk, terkadang jika Yumi tidak sibuk, dia pula yang sibuk dengan pesakit dan begitu juga kepada Yumi.

"Haih, bukan selalu tau kita berdua kebetulan tak busy dengan kerja ni, awak tak lapar lagi ke? Sarapan tadi pun saya tak nampak awak di kafe,"

Yumi menapak ke dalam bilik Naji dan duduk bertentangan dengan jejaka itu. Naji yang sedang tertunduk merenung gambar di tangannya mengalihkan matanya memandang Yumi yang sudah berada di hadapan.

GENIAL : SLIVARYWhere stories live. Discover now