BAB 7

131 33 6
                                    

☆☆☆☆☆

"Aila"

Aila terkejut sehingga terlepas bingkai gambar daripada pegangan tangannya. Nasiblah ia hanya terjatuh ke atas meja sahaja dan tidak pecah.

"Do..doktor..." dia menjawab gagap. Aila memandang Doktor Naji, wajahnya polos seperti tidak nampak yang Aila telah menyelongkar barangnya tadi.

"Er sorry doktor..." jawab Aila lalu menjauhi kawasan itu dan berdiri di kerusi tadi.

Naji tersenyum.

"Kenapa nak minta maaf pula? Kamu ada buat salah ke?" tanya doktor muda itu.

'Aduh, doktor ni.. sajalah tu nak aku cakap apa salah aku..'

Aila diam, hanya memerhati Doktor Naji yang sedang menuju ke mejanya. Kemudian, dia mengambil gambar itu, dan letakkan jauh dari kawasan meja.

"Saya dah tanya doktor pakar, diorang semua setuju untuk memberi sedikit kelonggaran buat Aila. Jadi Aila dah tak perlu datang sini hari-hari dan nanti saya akan hantar jadual terbaru Aila kepada Dato' dan Datin," balas Doktor Naji sambil mengemaskan fail di tangan.

Aila hanya mengangguk tetapi tetap memandang perbuatan doktor peribadi keluarganya itu.

"Ya Aila, apa soalan kamu.." akhirnya Doktor Naji memandang Aila.

Pasti dia tahu, Aila menyimpan beberapa soalan setelah melihat gambar tadi. Macamlah dia tak nampak

Aila menarik nafas.

"Okay first of all, Aila nak minta maaf sebab tertengok gambar peribadi doktor."

Doktor Naji mengangguk dan tersenyum sedikit, mungkin dia tidak kesah langsung dengan perbuatan Aila tadi.

"Second, Aila nak tanya... Doktor Naji... ex-student SMK Genial ke?" Soal Aila memandang wajah doktor muda itu, mahukan jawapan.

"Haah, saya ex-student SMKG."

Aila tercengang.

"Betul ke?! Kenapa doktor tak pernah cerita pun!" Dia terus menarik kerusi yang berada di tepi meja, merapatkan kerusi dengan meja Doktor Naji.

"Aila tak tanya, saya tak cakaplah." balasnya ringkas.

"Okay-okay! Jadi.. Doktor Naji kenal dengan semua alumni Genial??" Aila menyoal teruja.

"Haah, macam yang Aila tengok dalam gambar ni.." katanya lalu mengambil gambar tadi, dan di letakkan di atas meja.

"Oh my, doktor kenapa tak cakap dengan Aila awal-awal. Aila tak pernah expect pun doktor yang rawat Aila selama ni ialah bekas pelajar SMKG!" Aila teruja apabila mengetahui latar belakang Doktor Naji. Sudah dua tahun dia mendapatkan rawatan di sini tetapi dia baru tahu tentang latar belakang Doktor Naji!

Doktor Naji hanya tersenyum, lalu tersandar ke kerusinya. Kepalanya di rehatkan, lalu dia berkata sesuatu.

"Waktu tu, kitaorang bukan pelajar biasa tau..." katanya perlahan.

GENIAL : SLIVARYWhere stories live. Discover now