Chapter 01

4.8K 153 6
                                    

"Devil will not scared of blood."

"Bukan situlah, gila!" marah aku. Mataku ralit memandang ke arah skrin televisyen sambil tangan laju mengawal alat permainan video. Tangan diangkat sebelah untuk memukul belakang badan adikku yang berada di sebelahku.

"Aduh! sakit sengal!" Syafiq berkata kuat. Boleh tahan sakit juga aku pukul. Silap sikit, pergh boleh patah. Dia kembali fokus bermain game dengan aku.

Begitulah rutin harian kami berdua, kalau dah petang yang indah sebegini, kena pulak weekend, memang depan televisyen main PUBG lah kerja. Aku pun ikut main. Maklumlah, tengah tunggu masa je nak convo. Sementara tu, kita enjoy la dulu hidup kat rumah ni.

Adik aku pulak cuti sem, memang dua ekor kaki main game depan tv jelah. Sedang kami ralit dengan game, iPhone 7plus milik aku berbunyi nyaring menandakan ada panggilan masuk. Aku slide butang answer ke tepi lalu buka mod speaker.

"Haa, Zira. Pahal?" tegurku. Zira merupakan teman rapatku sejak sekolah menengah dulu. Sampai lah aku jadi mahasiswi sekarang ni, dia masih kekal berkawan dengan aku. Dekat 10 tahun jugak la friendship kami ni.

Walaupun kadang ada jugak masalah, tapi alhamdulillah kekal. Dia jelah kawan paling berguna yang aku pernah ada dalam hidup ni.

"Kafir eh kak?" Dush, terdiam terus mat. Ulti terus ek Zira. Pantas aku mengucapkan salam sebelum menanyakan soalan yang sama semula buat kali kedua.

"Nak ajak kau keluar. Nak tak?"

"Pergi mana?"

"Jalan-jalan. Aku bosan lah."

"Nak ikut!" jerit Syafiq yang berada di sebelahku. Secepat mungkin tangan aku menyepak mulut adikku itu. Kacau je orang tua bercakap.

"Hah, ajak lah Syafiq sekali. Aku tunggu dekat Mcd eh. Aku send location kat WhatsApp."

"Eh, sengal jangan off la-" Aku mendengus apabila Zira telah meletakkan telefon. Kalut sangat nak buat apa taktau. Tahu lah rindu nak dating dengan boyfriend.

Tapi satu je problem aku. Aku tak faham betul konsep dating dengan boyfriend ajak member sekali ni. Nak dating tu dating dua la. Kalau pasal berdua-duaan tu logik lah jugak. Tapi alasan Zira ni bodoh sangat. Dia kata dia malu sebab tak biasa dengan lelaki. Dah 3 minggu couple pun malu-malu anjing lagi si Zira ni.

Semestinya bila boyfriend dia ajak dating, aku diajak sekali. Kalau aku tak boleh ikut, dating dia cancel. Rasa macam aku ni orang penting pulak tetiba. Tapi kira okay la sebab Zira selalu belanja aku. Kurang lah sikit beban kehidupan aku ni.

Biasalah tu, orang taken bila depan boyfriend macam tu lah. Lain pulak cerita dengan aku yang tak berpunya ni. Bukan apa, trauma tu ada lagi. Biar lah aku dah okay sepenuhnya baru aku mula fikir pasal jodoh.

"Kau nak ikut?" soal aku. Syafiq mengangguk sekilas.

"Kereta kau lah, asyik kereta aku je."

"Amboi. Ha yelah kereta aku, tapi kau drive," balas Syafiq.

"Eh mana boleh macam tu, kereta kau kau la drive. Baru adil."

"Ah, takde takde. Kau kakak kan? Kau drive la. Mengalah sikit untuk adik," ujar Syafiq. Tetap mahu menang dengan pendiriannya.

Pantas aku membaling bantal ke muka Syafiq. Eh eh, ikut dan jaa noh.

***

Rykarl mencelikkan mata apabila terasa lengannya dipeluk oleh seseorang. Dia memandang ke katil sebelahnya. Seorang wanita 20-an sedang berbaring di sisinya tanpa sehelai kain pun di badan. Begitu juga dengan Rykarl. Hanya selimut yang membaluti tubuh mereka berdua.

My Sweet Playboy ©️Where stories live. Discover now