Chapter 49

618 39 10
                                    

"Devil will not scared of blood."

"Ri..Rin.. A..aku minta ma..maaf.." Rin masih menunduk tanpa menghiraukan kata-kata Zira. Dia penat. Sungguh dia penat. Dia sudah tidak berdaya untuk menanggung semua ini.

"Rin..kau marah aku ke?" Zira menyoal. Rin cuba mengukirkan senyuman lalu menggeleng. Rambutnya dikuak ke belakang.

"Aku betul-betul minta maaf weh.. Kalau aku tak paksa kau pergi rumah Rykarl, benda ni tak akan berlaku weh. Aku minta maaf sangat-sangat."

"Bukan salah kau, Zira. Dah memang takdir Allah. Tak apa, aku redha," ujar Rin.

Zira memandang wajah lesu sahabatnya. Dia kagum dengan Rin. Walaupun banyak ujian yag dihadapinya, hatinya kental untuk menghadapi segalanya. Kesedihannya disembunyikan supaya orang lain tidak tahu.

"Kau tidur dulu, Rin. Aku turun bawah kejap nak masak. Apa-apa jerit aje nama aku tau." Rin mengangguk sekilas.

Setelah kelibat Zira hilang dari penglihatannya, dia mencapai Iphone 7plus miliknya yang berada di atas meja.

Aplikasi Whatsapp dibuka.

One new messages from Aliff.

Aliff
Rin, kau sihat? Anak kau macam mana? Sorry la tak dapat datang masa kau lahirkan anak tu. Aku busy sikit.

Rin mengukirkan senyuman pahit. Suami aku sendiri pun tak datang, Aliff.

Pesanan ringkas itu Rin abaikan. Dia membuka bahagian status dan ada status terbaharu Rykarl. Dia tidak sampai hati ingin block Rykarl kerana dia masih sayang akan lelaki itu.

Status Rykarl ditekan. Gambar Rykarl dan Bella yang tersangatlah rapat dengan caption 'i love you, cik tunang❤️'. Senyuman pahit makin melebar di bibir.

Rengekan dari Tengku Rayyan Rizqy membuatkan perlakuannya terhenti. Telefon diletakkan di tepi lalu dia mendukung bayi lelakinya itu. Dia menepuk punggung bayi itu perlahan. Zikir dinyanyikan supaya anaknya dapat tidur dengan tenang.

Selepas beberapa minit, Rin mengangkat baju untuk menyusukan Rayyan. Dia mengambil kesempatan untuk menilik wajah comel anaknya. Betul lah kata Reyna. Anaknya ini mengikut wajah Rykarl sepenuhnya, cuma mata dia berwarna hazel. Mengikut Rin.

Tidak disangkakan, begini sedih pengakhiran kisah hidupnya. Melahirkan anak tanpa suami di sisi, diceraikan tanpa membuat salah dan sekarang, bekas suaminya itu akan berkahwin buat kali kedua.

Cemburu? Tipulah jika dia tidak cemburu dengan perbuatan Rykarl ini. Sanggup Rykarl ceraikan dia semata-mata untuk berkahwin dengan perempuan itu. Hanya kerana alasan 'Bella tak normal. Dia bukan diri dia yang sebenar. Dia hilang ingatan. Kita kena tuntut kehendak dia sebab pemikirannya seperti kanak-kanak yang berumur 5 tahun'.

Hatinya berasa seperti dihiris. Senang sahaja Rykarl percaya dengan Bella! Manakala Rin masih was-was. Dia merasakan Bella sedang berlakon untuk mendapatkan perhatian Rykarl. Tapi apakan daya, dia bukan sesiapa kepada Rykarl lagi. Dia tidak boleh masuk campur dalam hal mereka.

Sungguh dia tidak tahan. Disebabkan itulah Rin bertindak meninggalkan Rykarl. Masakan dia harus mendiamkan diri ketika suami sendiri keluar untuk menjaga Bella dengan alasan 'kasihan Bella.' Kadang-kadang sehingga malam pun Rin terpaksa tidur bersendirian.

Kalau orang lain di tempat Rin pun, pasti mereka akan melakukan perkara yang sama seperti Rin juga.

"Maafkan mama, Rayyan. Sebab mama bertindak melulu, kamu harus hidup tanpa ayah. Tapi mama lebih rela kamu hidup tanpa ayah dari hidup dengan ayah yang mencintai perempuan lain dan bukan isteri sendiri. Mama janji akan jaga kamu, sayang," ujar Rin. Wajah lena anak lelakinya itu ditatap penuh kasih.

My Sweet Playboy ©️Where stories live. Discover now