Chapter 25 • MC •

811 38 0
                                    


"Devil will not scared of blood."

MATURE CONTENT!
Aku melangkah masuk ke markas milikku. Seorang lelaki yang sudah diikat kaki dan tangannya didekati olehku. Aku menundukkan sedikit badan untuk melihat wajahnya.

Lelaki itu mendongak lemah.

"Lep..paskan...aku...." rayu lelaki itu. Aku tergelak sinis.

"Lepaskan kau ? heh, kalau aku lepaskan kau apa function aku tangkap kau ?" Tanyaku.

"Tolong...bukan aku yang bunuh nenek...atok dengan ayah.. kauu...." rayu lelaki itu lagi.

"hahaha. Kau buat lawak ke ? Tak ingat apa yang kau kata kat suami aku ? You say that you are the one that killed my grandparents and my father. Then ?" Tanya aku sinis. Lelaki itu terkejut.

"Macam...mana kau. Tahu ?" Soalnya. Aku tersenyum.

Flashback*

Sedang aku menunggu Rykarl ke tandas, perutku pula yang terasa senak. Aku segera bangun . Acuk Senah dipandangku dan aku memberitahunya. Kemudian segera aku berjalan ke tandas.

Selepas aku 'membuang hajat' , aku terdengar bunyi seorang lelaki yang sedang mengerang di dalam tandas lelaki yang dilaluiku. Aku mendekatkan muka ke pintu tandas lelaki yang dikunci dari dalam.

"Aku...aku yang bunuh...nenek...nenek dia..." kata lelaki itu. Nenek ? Aku masih ralit mendengar.

"Kenapa ? Apa kaitan kau dengan family Batrisya ha ?" Soal seorang lagi lelaki tapi aku dapat cam itu suara Rykarl dan dia menyebut nama aku. Aku menekup mulut tidak percaya. Jadi lelaki yang bersama Rykarl tika ini ialah orang yang telah membunuh nenek aku ?

"Aku..aku geng...Farish..." makin terkejut aku. Tidak. Aku harus melihat wajah lelaki itu.

"Jadi, Farish yang suruh kau bunuh nenek Sya ? Kenapa ?" Soal Rykarl.

"Dia...abang dia...berden..dendam... dengan family Aff , argh !!" Lelaki itu terjerit kecil. Aku terkejut. Apa ni ? Apa dah jadi ? aku melihat kejadian di dalam tandas itu melalui tombol pintu yang berlubang kecil. Rykarl baru menarik pisau belit dari lehernya. Aku tersentak, terkaku , terpaku, terkejut , terkedu dan seangkatan dengannya. Lelaki itu pula memegang lehernya yang dipenuhi darah. Apabila lelaki itu mengangkat muka, aku dapat melihat wajahnya. Hadif ?

manakala darah di pisau belit itu dilap oleh Rykarl dengan jari. Aku dapat melihat lidahnya yang menjilat bibir tatkala melihat darah itu. Seperti baru melihat makanan enak dihidangkan. Kini aku merasakan Rykarl seperti seorang psiko.

"Siapa abang Farish tu ?" Soal Rykarl lagi. Lelaki yang bernama Hadif itu mengerang perlahan sambil memegang lehernya yang sakit. Kasihan pula aku melihat dia. Eh,Rin. Dia yang bunuh nenek kau. Ingat.

"Jawab la sial !" Jerkah Rykarl. Dia terkejut.

"Ja..jack !!" Jerit lelaki itu. Aku mengerut kening. Siapa pula Jack ni ? Watak baru ke ?

"Akak..kak buat apa kat sini eh ?" Soal seorang lelaki apabila melihat aku berada di muka pintu tandas lelaki. Aku segera mengangkat wajah, malu.

"Erm, maaf bang" ucapku seraya berlalu pergi. Lelaki itu memandangku pelik tetapi aku hanya mengabaikan pandangannya itu.

Aku segera berlalu kembali ke tempat duduk di meja aku dan Rykarl tadi. Tidak mahu Rykarl mengesyaki apa-apa.

End flashback*

"Argh ! Lepaskan aku ! Bukan aku yang bunuh nenek kau laa !" Jerit Hadif. Aku mendengus lalu menarik kasar rambutnya. Aku menolakkan kepalanya untuk melihatku.

My Sweet Playboy ©️Where stories live. Discover now