Chapter 11

871 57 0
                                    

   
      
    "Devil will not scared of blood."

Aku dan Reyna berjalan ke arah pintu rumah.

"Amboii, pagi pagi lagi dah keluar . Nak pergi mana tu?" Soal Aunty Sarah iaitu jiran kami.

"Jogging, aunty. Jogging pagi pagi kan segar. Hehe. Aunty sihat?" kataku hormat. Yela, takkan nak cakap macam orang cari gaduh pulak. Muliakan alim-ulama, hormati orang tua, kasihi kanak kanak haa .

"Alhamdulillah, sihat. Ha, Reyna. Selalunya berjogging sendiri je. Harini bawa sekali bini Rykarl ni ya ?" Usik Aunty Sarah sambil tersenyum nakal. Aku tersenyum malu. Disebabkan kulitku putih cerah, pipiku yang berona merah jelas kelihatan.

"Hehe, ya Aunty. Seronok la sikit ada teman. Kalau tak, subuh subuh ni berjogging sorang-sorang. Entah-entah ditemani hantu. Ada orang teman ni jadi macam tak sunyi la, boleh sembang-sembang" Kata Reyna. Aku mengangguk.

"Ha, betul tu. Tak baik anak dara keluar berjalan sorang-sorang. Okayla, aunty masuk dulu ya ? Banyak lagi kerja ni. Assalamualaikum" Ucap Aunty Sarah sambil diikuti jawapan kami.

"Jom, Kak. Reyna tak sabar ni" Ujar Reyna ceria. Aku tersenyum manis lalu mengangguk.

"Wait! Who give you permission to take my wife?" Kedengaran suara garau di belakang kami. Tengku Rykarl Haniff. Aku mendengus. Reyna menjeling.

"My mom. Why ?" Tanya Reyna. Rykarl mendekatkan dirinya ke arah Reyna.

"Ouh, really ? Mak mertua dia, husband dia. Mana lagi berhak atas dia?" Tanya Rykarl pula. Aku hanya mendiamkan diri. Melihat dua orang manusia bergaduh kerana aku.

"Husband. Tapi, aku dah mintak kebenaran dari mak mertua dia. Okey la, kitorang dah lambat. Bubye" kata Reyna lalu terus menarik tanganku dan berjalan. Aku hanya mengikut Reyna. Jelingan Rykarl membuatkan aku menunduk ke bawah. Takut.

"Hey, stop! Reyna! Ah, shit!" Jerit Rykarl. "Sya, tunggu eh! Satgi malam Ry denda Sya eh! " ugut Rykarl pula. Tapi, aku tidak menghiraukan jeritan Rykarl sebaliknya ralit memerhati jalanan untuk melintas jalan bersama Reyna.

***#Rykarl Pov#
"Mamaa! Maaa!" Jeritku dari ruang tamu rumahku. "Mama! Rykarl panggil ni!" Jeritku lagi kuat sedikit supaya dapt didengari mamaku.

"Mama! Where are you, huh!"

"ya, ya karl. Kenapa ni?" Sahut mamaku yang baru keluar dari dapur.

"Siapa bagi keizinan untuk Rin keluar rumah? I've told you, right ? Jangan biarkan Rin keluar rumah tanpa pengetahuan karl? Ni nasib karl nampak dia keluar tadi" tanyaku.

"Err, dah dia yang nak keluar dengan Reyna. Mama bagi jelah. Alaa, kamu ni risau betul la. Dia bukan pergi seorang, kan Reyna ada teman" kata mamaku. Aku mendengus geram.

"Reyna? Oh, taktahu pulak karl yang anak dara mama tu boleh fight dengan jantan?" Balasku agak kasar. Aku sudah tidak boleh menahan geram lagi. Dari tadi, aku telah diam dan bercakap dengan nada perlahan kerana menghormati mamaku.

"Hah? Lawan dengan jantan? Maksud kamu bertumbuk- tumbuk? Kenapa? Siapa yang dia nak tumbuk?" Tanya mama bertubi-tubi. Aku tersedar bahawa aku sudah terlanjur bicara.

"Eh, hm. Maksud karl, yela. Kan zaman sekarang ramai orang suka culik perempuan cantik macam Rin. Sebab tula, Karl tanya" ujarku. Mama memandangku pelik.

"Tak. Riak wajah kamu tak beritahu mama yang kamu okay sekarang ni. Tell me, Rykarl. Apa yang dah berlaku? Kamu jangan buat apa-apa yang membahayakan nyawa pulak, Karl. Mama mintak sangat" kata mama.

"Err, nothing la mama. karl tak buat apa pun. Mama jangan risau, ya?" Kataku untuk menenangkan mama.

"Okay la, ma. Karl masuk bilik dulu, ya?" Kataku meminta izin. Mamaku mengangguk.

***Petang #Rin Pov#

Aku memasuki bilik aku dan Rykarl perlahan-lahan. Takut Rykarl akan memarahiku. Mana taknya, keluar subuh-subuh, balik pukul 1 petang. Memang kena marah dulu la jawabnya.

Kelihatan susuk tubuh Rykarl yang sedang lena di atas katil. Aku menghela nafas lega lalu terus memasuki tandas.

Setelah habis membersihkan diri, aku keluar tandas dengan hanya bertuala lalu menuju ke arah almariku. Aku mengambil t-shirt NASA berlengan panjang dan seluar slack adidas. Pakaian santai jela, bukan nak pergi mana pun, kan?

"Arghh!" Aku terjerit apabila menyedari tuala yang mengikat rambut basahku ditarik dengan tiba-tiba. Aku mengalihkan pandangan ke belakang dan terlihat wajah marah Rykarl.

"Err, sorry awak. Bila awak bangun? Maaf, saya tak perasan" ujarku takut-takut. Tak ke naya kalau kena sepak ke lempang ke ? Dalam drama banyak macamtu. Eish tak baik kau ni, Rin. Pengaruh drama sungguh.

"Hmm. Sejak Sya keluar tandas dengan bertuala tadi. Nasib nafsu Ry boleh tahan. Tapi, sekarang nafsu aku tak boleh tahan. Jom" ajak Rykarl sambil menarik lenganku.

"Eh, eh. Apa ni?" Tanyaku gugup. "Buat anak. Jom" balas Rykarl selamba. Aku menepis tangannya yang sedang memegang lenganku erat.

"Awak ni kenapa? Kan saya dah kata. No sex. Saya taknak bersetubuh tanpa cinta. I'm not ready yet!" kataku agak lantang. Rykarl terus membenamkan mukanya ke leherku. Aku menolak mukanya tetapi apakan daya. Kudrat lelaki.

Tiba-tiba ada seseorang yang mengetuk pintu bilik kami berdua. Aku segera berlari membuka pintu. Datin Harisya.

"Eh,mama. Mama kenapa naik ni?" Tanyaku sopan.

Mama mencekak pinggang sambil berkata "Dah mama panggil kamu berdua turun makan petang tapi kamu tak dengar. Mama naik la atas nak panggil korang" Aku tergelak kecil.

"Sorry, mama. Tadi Rin dalam tandas. Rykarl pula main fon sambil pakai earphone. Mana nak dengarnya" balasku sambil mengerling sekilas wajah Rykarl yang tiada perasaan itu.

"Haish. Ape ape jela. dah, turun sekarang" arah mama. Aku hanya mengangguk.

***Ruang tamu #SRIP#
Kami sekeluarga sedang minum petang sambil makan pisang goreng yang digoreng oleh aku sebentar tadi.

"Hah, Rin. Mari lah sini. Ada benda papa nak cakap" kata papa. Aku hanya mengangguk sambil berjalan dan duduk di tepi kerusi Rykarl.

"Esok kamu berdua pindah rumah" kata papa dengan nada tegas. Aku tersentak. "eh, bukan papa cakap lagi seminggu ke? Kenapa awal sangat?" Tanyaku.

"Hmm. Something. Tapi kamu tetap perlu pindah esok. By hook or by crook" tegas papa lagi. Aku hanya mengangguk.

Sedang kami berbual di laman, ada bunyi ketukan di pintu rumah. Pembantu rumah yang bernama Aishah pergi membuka pintu.

Dan muncul muka seseorang. Aku melihat pakaiannya. Blouse merah ketat paras paha dan potongan di dada sehingga menampakkan lurah dadanya.

Rykarl mendengus lalu pergi mendekati perempuan tersebut.

"Bella. Apa you buat kat sini?" Tanyanya. aku hanya mengangguk sendirian. Oh, nama dia Bella rupanya. Baru ingat nak bagi nama sotong tak cukup kain tadi.

"I datang nak bagitau something pasal isteri kesayangan you ni" kata Bella sambil menghalakan jarinya ke arahku. Aku tersentak. Aik? Aku? Aku ada buat salah ke? Tak mungkin. Aku tak kenal pun dengan sotong tak cukup kain ni.

"Kenapa dengan dia?"

Bella tersenyum sinis.

"Biar gambar berbicara" kata Bella lalu melempar beberapa keping gambar pada muka Rykarl. 

Tbc *

My Sweet Playboy ©️Where stories live. Discover now