Chapter 54

765 51 0
                                    

    "Devil will not scared of blood."

"Zira, jom balik," ujar Rin sambil matanya masih tertancap pada jejaka yang berkemeja hitam itu.

"Err, Rin-"

"Kalau kau tak nak balik, aku balik dengan Rayyan." Rin memusingkan badan ke tepi dan ingin mendukung Rayyan tetapi perlakuannya terbantut apabila Rykarl memegang lengannya.

"Apa ni, encik?" segera Rin menepis tangan Rykarl yang masih erat menggenggam lengannya tetapi tidak berjaya kerana Rykarl makin mengetatkan genggaman.

"Encik?"

"Iyalah, encik. Takkan sayang pulak. Eish, lepas lah!" marah Rin.

"Okay, then. Call me sayang." Rin mengangkat wajah. Eh kejap kejap. Kenapa lain sangat aura Rykarl ni?

"Encik ni betul ke encik Rykarl?" soal Rin.

"Ye lah. I am Rykarl Haniff. Why? I handsome sangat ke sampai you tak ingat i?" Shit. Kenapa sweet sangat orang tua ni lepas kena tinggal bini hah? Sebab dah pegang title 'duda' ke?

"Ehem." Rykarl berdehem untuk menyedarkan bekas isterinya yang ralit melihat wajahnya.

"Who are you?" soal Rin.

"Eh, tanya pula dia. I'm Rykarl lah. Your husband."

"Excuse me, ex husband." Zira menyampuk. Dia menjeling Rykarl sekilas. Rykarl hanya tersenyum kecil.

"Your ex husband and future husband. Okey?" Rin mengetap bibir. Oh, Rin. Jangan terpedaya dengan lelaki ini. Dia bukan seperti yang kau sangkakan.

"Maaf. Saya tak kenal encik. Saya rasa encik salah orang. Baik encik pergi sebelum saya panggil pengawal," tegas Rin.

"I tak salah orang. Memang I come here to meet you and... hm, my son." Mata beralih pula pada Rayyan yang masih setia menggenggam tangan ibunya. Rin mengetatkan genggaman.

"Anak encik? Maaf, encik salah orang ni," ujar Rin sinis. Haritu dengan selambanya cakap anak aku jijik lah, apa lah. Harini sesenang dia mengaku ni anak dia. #BUKANMAEN

"Salah orang? Nope. This cute boy is my son. Opsss, our son." Senyuman sinis menghiasi bibir Rykarl. Jelingan tajam Rin berikan kepada lelaki kacak di hadapannya ini.

"Apa apa jelah, encik. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

"Wait, chérie..." Rin memusingkan tubuh. Apa lagi yang lelaki ini mahu?

"What?"

"I love you," ucap Rykarl bernada romantik sambil mengenyit mata sebelah. Tambah lagi senyuman manis di bibirnya yang buat Rin rasa nak terkam. Damn!

Rin memejam mata. Rapat. Bibir diketap. Sabar sajalah dia dengan lelaki yang memegang title 'duda' ini. Kalau dah playboy, playboy juga kan?

"Okey," balas Rin sebelum melangkah pergi. Rykarl senyum. Comelnya Rin. Tingginya yang hanya 154cm, cara dia jalan dengan mendukung Rayyan. Ah, shit!

"sayang..." meleret satu suara memanggil Rykarl dari arah belakang. Tidak pasti sebenarnya Rykarl atau orang lain yang dipanggil kerana wanita itu menggunakan perkataan 'sayang'. Tetapi Rykarl tetap berpaling untuk melihat gerangan yang memanggilnya 'sayang' sebentar tadi.

"Ya, cik Bella? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Bella terdiam. Lelaki ini lupa makan ubat ke apa?

"You buat apa kat sini?" soal Bella.

"Oh, I datang cari makan. Kenapa, ya?" Bella pelik. Tiba-tiba je jadi formal ni kenapa? Sihat tak ni?

"Cari makan? For real? Airport?" Rykarl tersedar sesuatu lalu menepuk dahi. Mana ada orang datang cari makan kat Airport ni, Rykarl! Bodohnya! Tulah. Main cakap je. Tak fikir dulu.

My Sweet Playboy ©️Where stories live. Discover now