BAB 59 | PENGAKHIRAN

1.8K 161 12
                                    

ELYANA menatap Fasha dengan perasaan benci. Sedikitpun tidak timbul perasaan kasihan melihat gadis itu meratap kesedihan atas pemergian Tan Sri Hairul. Perlahan-lahan dia mengorak langkah mendekati Fasha lalu dikeluarkan pistol.

"Aku dah cuba nak bunuh kau dengan berjumpa bomoh. Tapi, nampaknya mak kau yang selamatkan kau. Huh! Kau mesti berbanggakan sebab kau masih ada mak sedangkan kaulah yang meragut nyawa mak aku pergi! Sepertimana kau meratap dan menangis atas pemergian ayah kau sekarang ni, macam tu juga aku sewaktu dulu! Kau puncanya!" jerkah Elyana keras. Diacukan pistol itu kepada Fasha yang masih meratap sedih.

"Selagi mana kau masih hidup, selagi itulah aku akan benci tengok muka kau! Kau tak tahu betapa bersedih dan terseksanya mak aku bila Rayyan masuk penjara! Sekarang, aku akan tarik nyawa kau pergi! Aku dah tak nak tengok kau hidup lagi!"

"Elyana, jangan!" Tidak sempat Elyana mahu menarik picu, Sarah terus meluru ingin merampas pistol tersebut.

"Sarah! Apa yang kau cuba buat ni, haa!" kata Elyana marah. Pistol cuba untuk ditarik semula daripada pegangan gadis itu sehabis baik.

"Sudahlah, Elyana. Tidak perlulah kita bunuh dia. Kau tak kesian ke?" ujar Sarah. Tan Sri Rizman yang sejak tadi hanya melihat terus bangun dari duduk.

"Sarah! Kamu jangan nak jadi pengkhianat! Lepaskan sekarang!" tengking Tan Sri Rizman kasar. Sarah menggelengkan kepala. Dia masih bergelut dengan Elyana, cuba untuk melempar pistol itu sejauh yang mungkin.

"Tak, Tan Sri! Please, semua ni salah! Lepaskan Fasha. Dia langsung tidak bersalah!"

"Apa yang kau merepek ni, Sarah? Kau sendiri yang nak berkomplot dengan aku kan? Sekarang, kenapa kau tiba-tiba cuba nak khianati kami!" kata Elyana keras.

"Aku pernah lalui apa yang kau lalui sekarang ini. Dan disebabkan kenangan silam itulah aku menyesal. Aku menyesal kerana bunuh kakak aku sendiri. Please, Elyana. Berubahlah selagi belum terlambat. Aku tak nak kau rasa apa yang aku rasa." Elyana tergelak sinis.

"Aku rasa, kau yang patut bertaubat sekarang ini. Bagi aku, inilah keputusan yang tepat. Dan aku tak kan sesekali berundur!" Picu pistol ditarik sengaja, melepaskan tembakan tepat ke bahagian abdomen Sarah.

Bang!

"Sarah!" Fasha menjerit terkejut. Air matanya kembali lebat menitis. Dia tidak sangka yang Sarah sanggup menggadaikan nyawa demi menjaganya.

Tubuh Sarah terus rebah ke lantai. Serta-merta pegangan pistolnya terlepas. Darah mula membasahi tubuh dan mengalir ke lantai. Matanya sayu memandang Fasha yang sejak tadi asyik menangis. Tangan gadis itu dicapai.

"Fasha... A-aku nak min-minta maaf atas se-gala dosa dan salah-silap a-aku kepada kau. A-aku minta maaf..." lirih Sarah bersama air mata. Fasha menganggukkan kepala, sebagai isyarat dia memaafkan gadis itu dengan seikhlas hati. Sarah terus mengukirkan senyuman. Lega hatinya kerana dapat kemaafan daripada gadis yang pernah dibencinya itu dahulu.

"Huh! Sudah-sudahlah drama! Menyampah aku! Sekarang, aku akan pastikan kau mati, Fasha! Demi Rayyan dan mama aku!" Fasha mengukirkan senyuman sinis.

"Kau buatlah apa yang kau nak buat. Cuma kau kena ingat satu perkara. Allah sentiasa akan melindungi orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan. Dan bagi setiap perbuatan kau di dunia ini, Dia akan balas di akhirat dengan setimpal-timpalnya."

"Kau cakaplah apa yang kau nak cakap, aku tak kan sesekali peduli!" jerkah Elyana kuat.

"Berhenti! Turunkan senjata!" ujar satu suara.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now