BAB 12 | JAUH

1.2K 225 9
                                    

FAHRIN meletakkan pinggan yang berisi nasi, kuah gulai, ikan goreng, sambal belacan dan sedikit sayur kepada Fasha. Sama sepertinya. Dia tidak pasti gadis itu makan masakan kampung atau tidak. Sebab itulah, dia memberikan hidangan yang orang lain selalu makan.

"Nah." Fasha terus menjenguk makanan di dalam pinggannya itu. Makanan itu dipandang pelik.

"Apa ni?" tanya Fasha. Fahrin terus membulatkan mata. Dia terkejut.

"Itu nasilah. Takkan tak tahu kut?" kata Fahrin. Fasha membuat toya. Fahrin ingat dia jakun sangat sampai tidak tahu nasi itu apa?

"Saya tahulah ini nasi. Tetapi, apa yang awak letak atas nasi ni?"

"Kau ni biar betul! Takkanlah tak pernah makan masakan kampung kut?" Fahrin terkejut. Fasha hanya menayang sengih.

"Haah. Sebab saya tak ada kampunglah saya tak makan masakan kampung," ujar Fasha selamba. Fahrin menjegilkan mata. Kepala gadis itu terus diketuk dengan sudu.

"Aduh! Sakitlah!" Fasha menyentuh kepalanya. Dipandang Fahrin dengan muka tidak berpuas hati.

"Itulah, padan muka. Buat loyar buruk lagi."

"Ehh... Betullah saya cakap. Saya memang tak makan masakan kampung sebab saya tak ada kampung," kata Fasha. Tidak tahu apa-apa. Fahrin hanya membalas dengan gelengan.

"Haish... Kau ni. Habis tu, kau makan apa selama ni? Daun? Batu?" perli Fahrin. Fasha sudah naik geram. Kali ini, kepala lelaki itu pula diketuk dengan sudu. Kuat pula tu!

"Ish! Sakitlah!"

"Ehh... Awak buat saya tak apa pula." balas Fasha. Tidak mahu kalah.

"Ehh... Aku buat perlahan je ye. Kau buat aku lagi kuat," balas Fahrin. Tidak mahu kalah! Fasha menjeling. Dia menyilangkan tangan ke dada.

"Saya cuma makan western, europen dan lain-lain. Tapi belum pernah makan yang ini."

"Harap je melayu tetapi tak makan masakan melayu. Rugi tau," kata Fahrin. Fasha mendengus.

"Saya bukan sepenuhnya melayu okay! Saya mix!" kata Fasha. Geram. Fahrin mengangguk perlahan. Tidak lama kemudian, matanya terus membesar.

"Maksudnya, rambut kau ni... Semula jadi ke?" tanya Fahrin terkejut. Fasha mengecilkan mata. Kecil besar sahaja dia melihat jejaka itu.

"Awak mesti dah salah faham dengan saya bukan? Awak ingat, saya warnakan rambut. Dan saya pakai contact lens biru bukan?" kata Fasha.

Tekaan Fasha tepat sekali. Fahrin hanya senyum senget. Serba salah pula.

"Maaflah, aku tak tahu."

"Itulah. Lain kali tanya dulu kalau musykil apa-apa," rajuk Fasha. Sengaja. Dia ingin Fahrin memujuk. Tetapi, lain pula yang diharapkan. Rancangannya tidak menjadi.

"Okay. Lain kali, aku akan tanya. Dan sekarang, apa kata kau cuba masakan ketimuran kita ni. Itu gulai dan sambal belacan," terang Fahrin.

Fasha mengeluh. Tidakkah hati jejaka itu sedikitpun tidak terusik? Tanpa berkata apa-apa dia terus mengambil sudu dan garfu. Makanan itu terus dibawa masuk ke dalam mulut.

Fahrin hanya memerhati. Ingin melihat reaksi gadis itu. Lambat-lambat, mata Fasha terus membesar. Bibirnya terus mengukirkan senyuman ceria.

"Sedapnya!" Fahrin tersenyum.

"Haa... Lepas ni, kau bolehlah pergi kedai ni selalu. Hidangan melayu dia semua sedap-sedap."

"Err... Dekat hotel tak ada ke?"

"Ada je. Tapi, daripada kau membazir duit makan makanan yang mahal, baik kau makan di sini. Lagi murah. Lagipun sama je. Masuk perut jugak," kata Fahrin.

Fasha hanya mengangguk. Faham. Sebab itulah, kedai-kedai makan biasa lebih ramai daripada restoran-restoran mahal.

Setelah beberapa minit, akhirnya mereka selesai juga. Fasha terus mengelap bibirnya menggunakan tisu. Dia tersedar sesuatu. Terus dia menongkat dagunya sambil tersenyum manis. Fahrin terus memandang. Dia hampir tersedak.

"Kau dah kenapa? Gila?"

"Gilakan awak apa salahnya," kata Fasha. Selamba. Fahrin terus berdehem. Berusaha untuk menghilangkan resah di hati.

"Awak kata, saya boleh tanya apa-apa soalan je kan selepas selesai makan?" kata Fasha lagi. Fahrin mengangguk.

"Ya. Tapi dua je."

"Ehh... Apa ni! Sikit sangat dua." Fasha merungut. Fahrin hanya senyum senget. Kening diangkat.

"Kau nak tanya dua soalan ataupun aku boleh pergi dan kau tak kan tanya apa-apa. Nak mana satu?" Sekali lagi Fahrin membuat tawaran. Tetapi, lebih kepada ugutan.

"Ish yelah! Saya tanya dua soalan!" kata Fasha. Geram. Fahrin hanya senyum. Dia menang lagi!

"Okey. Tanyalah." Fasha kelihatan berfikir. Dia berusaha untuk memanfaatkan dua soalan itu dengan soalan yang penting sahaja.

"Awak kerja apa?" Tanya Fasha.

"Pensyarah." Fasha terkejut. Jadi, jejaka itu seorang pensyarah? Wah! Boleh tahan hebat!

"Di?" Kali ini, dia ingin bertanya lebih mendalam lagi.

"International Islamic University Malaysia di Selangor." Sekali lagi Fasha terkejut. Dia kagum? International? Jejaka itu tidak kurang hebatnya.

"Awak dah berpunya atau belum?" tanya Fasha. Soalan yang paling penting! Fahrin ketawa kecil.

"Mana boleh. Kau dah tanya dua soalan dah. Jadi, aku takkan jawab," kata Fahrin.

"Ehh... Apa ni?" Fahrin hanya sengih. Dia terus bangun lalu terus beredar dari situ. Fasha terus mengikut. Makanan dan minuman sudah dibayar awal-awal lagi.

"Alaa... Awak tak adillah! Soalan tempat kerja awak tu termasuk dalam soalan pertama. Boleh lah ye?" Fasha terus berdiri di hadapan Fahrin. Dia membuat muka comel.

"Kan aku dah kata dua soalan. Apa-apa sahaja ayat yang ada tanda soal dikira. Dah, aku nak balik rumah," kata Fahrin lagi. Fasha memandang geram.

"Awak tak kerja ke?"

"Tak! Aku cuti hari ini!" ujar Fahrin dari jauh tanpa menoleh ke belakang sedikitpun. Dibiarkan sahaja gadis itu di belakang.

"Fahrin! Bagilah saya tanya soalan yang ketiga!" Fasha cuba untuk memujuk sekali lagi.

"Kau dah tanya soalan ketiga tadi!"

Fasha mendengus. Geram! Dia memandang kelibat jejaka itu yang sudah jauh daripada pandangan. Jauh betul dia letak kereta.

"Tak apa. Sejauh manapun awak pergi melangkah jauh daripada saya, saya tetap akan berlari mendapatkan awak," bisik Fasha. Perlahan.

Sekiranya dahulu lelaki yang selalu mengejarnya. Sekarang, dia pula yang akan mengejar. Kini, barulah dia tahu perasaan apabila sukakan seseorang dan hanya bertepuk sebelah tangan. Langsung tidak berbunyi.

Seseorang itu mungkin sentiasa dekat dengan kita. Tetapi sayangnya, hati mereka berdua terasa jauh sekali. Semakin langkah kita mendekati, sepuluh langkah dia pergi. Itulah perasaan sebenar yang dirasai oleh Fasharina Haura binti Tan Sri Hairul.











Hai! Saya buat sinopsis baru. Jenguk ii lah ye.

VOMMENT❤

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now