BAB 33 | SEMPURNA

1.1K 184 5
                                    

"OK, our class is over. Make sure you understand what I just described. If you don't understand, you can come see me at the office," kata Fahrin.

Dia segera menutup slide di laptopnya. Projector turut ditutup. Semua pelajar sudah mula mengemas. Begitu juga Fasha. Fahrin yang kelihatan leka itu membuatkan Fasha segera mengambil kesempatan.

Dia menyelit di antara pelajar-pelajar perempuan yang lain. Wajahnya disorok dan ditunduk ke bawah. Berharap yang jejaka itu tak kan perasan.

"Fasharina Haura," tegas sahaja lelaki itu bersuara. Langkah Fasha terus terhenti. Mata dipejamkan. Kawan sekuliyyahnya, Irdina terus berpaling. Serba salah.

"Maaf, tapi aku tak boleh tolong kau," ujar Irdina hanya dengan gerak bibir. Gadis itu terus berlalu pergi bersama riak muka yang bersalah.

Fahrin terus mendekati Fasha. Tangan dimasukkan ke dalam poket. Gadis itu hanya berdiri dengan statik. Fahrin hanya dipandang dengan ekor mata.

"Ya?"

"Kau nak lari ke? Kau ingat aku tak tahu?" kata Fahrin bersama senyuman sengetnya. Kening diangkat. Fasha terus berpaling. Dia tersengih.

"Hehe... Awak nampak ke?"

"So, kau mengakulah yang kau cuba nak curi lari? Baiklah. Aku akan tambah lagi satu hukuman," ujar Fahrin. Mata Fasha terus membesar. Jejaka itu dipandang.

"Ish! Mana boleh!"

"Kenapa pula tak boleh? Aku pensyarah kau. Kau pulak pelajar aku. So, kau kena ikut cakap aku. Baru ilmu berkat," kata Fahrin bersama senyuman.

Fasha memandang tajam. Dia terus menendang kaki Fahrin. Lelaki itu mengaduh sakit. Kesempatan itu diambil oleh Fasha untuk terus melarikan diri.

Namun, pantas Fahrin menangkap pergelangan tangan Fasha. Gadis itu terus tersandar ke dinding. Mata mereka bertatapan. Masing-masing tergamam dan terkedu. Masa seakan-akan terhenti!

Raut wajah cantik Fasha diperhati dan itu membuatkan Fahrin terleka. Kening gadis itu terbentuk cantik. Mata gadis itu bundar dan hidungnya mancung. Anak matanya yang kelabu kebiruan membuatkan jantung Fahrin berdebar dan berdegup kencang. Alangkah indahnya bidadari dunia di hadapannya ini. Satu sahaja perkataan untuk menggambarkan segalanya iaitu...

Sempurna.

"Fa-Fahrin?" kata Fasha dengan gagap. Jantungnya usah dikatakan! Berdegup kencang! Mungkin seiring dengan kadar degupan jantung Fahrin.

Suara Fasha membuatkan Fahrin terus tersedar dengan keterlanjurannya. Dia segera melepaskan pergelangan tangan Fasha lalu menginjakkan diri. Lehernya digosok perlahan. Fasha hanya menunduk sambil menggigit bibir. Malu!

"Ma-maaf. Aku tak sengaja," kata Fahrin. Fasha hanya mendiamkan diri. Dia terlalu malu untuk membuka mulut!

"Dahlah. Baik kau laksanakan hukuman kau cepat. Jom, pergi pejabat aku," kata Fahrin. Berlagak untuk tenang. Dia perlu lupakan kejadian tadi!

"Okay," balas Fasha. Fahrin terus keluar dari dewan kuliyyah itu. Fasha hanya mengikut dia dari belakang. Sejujurnya, dia masih malu!

Tanpa mereka sedar, terdapat seseorang yang sudah memerhatikan mereka sejak dari tadi lagi di sebalik pintu yang tidak tertutup rapat. Setelah memastikan Fasha dan Fahrin telah pergi, dia segera keluar dari tempat persembunyian.

Telefon pintarnya dikeluarkan. Gambar-gambar yang ditangkapnya tadi itu dipandang. Bibirnya terus mengukirkan senyuman sinis.

'Habislah kau, Fasha...' bisik hati kecil gadis itu.








BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now