Part 10

41 9 0
                                    

" Lama tak jumpa, you semakin cantik," puji Hafiz.

"Ouh ye ke? Thanks" pamit Udai kekok.

"Sebenarnya I nak minta maaf dengan you. I tahu I tak patut tinggalkan you dulu.
I perlu percayakan you. Kita baiki balik hubungan kita, please.." kata Hafiz.

"Aku tahu niat kau baik, tapi perasaan aku pada kau dah hilang. Takde, kosong. Aku harap kau faham dan hormat keputusan aku." Putus Udai. Itu adalah isi hatinya yang sebenar.

"Tapi kita boleh cuba balik kan?" Rayu Hafiz. Tangannya muka menggenggam tangan Udai. Udai lantas menarik.

"Don't touch me,please. Saya dah cakapkan saya dah takde perasaan apa apa pun dekat awak. Tolong la faham. Saya tak nak putuskan hubungan saya dengan Anisha hanya disebabkan perangai awak macam ni." Kata Udai perlahan tetapi tegas.

Hafiz kembali ingin menggenggam tangan Udai. Udai pantas menepis.

"Udai, please.." dia langsung tidak menghiraukan pandangan orang sekarang. Yang penting dia ingin menjalinkan hubungan semula dengan wanita ini.

"Kau jangan cabar kesabaran aku, aku berlembut dengan kau, kau buat aku macam ni.pegang pegang. Eh kau ingat aku ni apa? Doraemon? " Udai bersuara lantang. Dia sengaja menggunakan perkataan doraemon agar dia tidak menggunakan perkataan patung. Alah, dia kan tak suka cliche. Cuba bayang kan kalau dia sebut 'eh, kau ingat aku ni apa? Patung?' ha, tak ke cliche gitu.

Kali ini Hafiz semakin agresif. Dia mula ingin memeluk wanita itu. Udai terundur sedikit. Entah di mana silapnya dia tersadung, kakinya mula lemah untuk menampung beratnya yang hanya 49 kilogram itu.

Pap!

Badan udai disambar seseorang. Udai menoleh kearah empunya badan. Jantungnya tiba tiba berdegup laju. Mata mereka bertentangan. Berada sedekat ini dengan lelaki itu membuat dirinya tidak keruan sehingga dia terlupa dia sedang berada dalam dakapan lelaki itu.

Pap!

Udai tersedar. Perasaan malu muncul tiba tiba. Macam mana dia boleh terbuai dengan ketampanan lelaki itu. Dia bingkas melepaskan diri dari dakapan lelaki itu. Dia menoleh ke arah Hafiz yang baru sahaja ditampar oleh adiknya sendiri. Dia melemparkan senyuman sinis sebelum berlalu pergi. Dia pasti, gosip akan melanda nanti. Udai memegang kepalanya. Stress! Itu lah perasaannya sekarang. Suara Anisha yang memanggil nya di belakang tidak dihiraukan.

Udai berhenti di sebuah meja batu yang terletak jauh dari asramanya tetapi masih di dalam kawasan. Disitu sememangnya tempat dia untuk menghilangkan rasa stress dan penat. Mungkin disebabkan terlalu penat, dia terlelap disitu.
_________________________________________________________________________________________

"You cakap dia orang gaji you kan? Mak ayah dia manaa?" Soal Zhafran.

"Entah, dah takde kut. Dia tu orang gaji tapi selalu makan gaji buta. I dah banyak kali dah beritahu baba I , " Sofea mengukuhkan lagi cerita palsu nya.

Zhafran mengerut kening. 'Maknanya, Datin Suraya dah mati ke?' Omelnya dalam hati. Baguslah kalau macam tu! Tapi aku nak tahu macam mana dia boleh mati. Kalau tanya minah ni mesti la dia tak tahu. Tahu menggedik je.

"I balik dulu lah,"pamit Zhafran.

"Laa, nak balik dah ke. Awal lagi ni." Rengek sofea.

"I ada meeting petang ni,"ujar zhafran lantas berlalu pergi.
__________________________________________________________________________________________

Udai terjaga dari tidurnya. Dia melihat sekeliling.

'Allah, gelapnya'keluhnya. Andaian negatif muncul satu persatu di mindanya. Hantu, jin, syaitan, iblis. Dia menggeleng. Masa seperti ini la minda nya membayangkan makhluk ii halus seperti itu.

Jam ditangan dibelek. Matanya terbeliak apabila melihat angka di jam tersebut. Lama naw aku tidur. Eh jgn fikir bukan bukan ye. Saya abc. Jadi tak apa tak solat.

"Anisha ni taknak cari aku ke?" Bisiknya. Dia nak blik pon takut. Dah la jauh dari asramanya.

Zapp!

Udai menoleh ke belakang. Bulu romanya mula menegak. Satu lembaga hitam sedang berjalan menuju ke arahnya. Kakinya terasa dipaku. Semakin dekat lembaga itu semakin menggigil kakinya. Mulutnya ligat terkumat kamit membacakan ayat kursi yang pernah dihafal dahulu walaupun hanya ingat sipi- sipi.

"Hye!" Sapa lembaga itu.

"Kau jangan kacau aku!" Rayu Udai perlahan. Ya allah, tolonglah jauhkan aku dari makhluk seperti ini, rintihnya. Dia sememangnya dari kecil takut dengan benda benda mistik.

"Eh, apa kau ni. Aku bukan hantu lah." Kata lembaga tadi sambil ketawa. Dia menyuluh udai menggunakan phonenya agar dapat mengurangkan ketakutan wanita itu.

Udai terkejut. Tadi dia dengar suara seperti perempuan. Yang ada di depennya sekarang lelaki.

"Kau nak buat apa dengan aku?" Soal Udai. Jangan cakap ni pembunuh, tak pun perogol bersiri. Heh, nauzubillah. Perasaannya sekarang lebih takut daripada perasaannya ketika memikirkan lembaga itu makhluk halus.

"Kalau kau nak apa apakan aku, aku jerit!" Ugut udai.

"Apa kau mengarut ni, aku perempuan la."

"Perempuan? Asal rambut kau pendek?" Soal udai.

"Ini style sekrang kan, perempuan rambut pendek. Cantikkan,"

"Ha, cantik. Tapi kalau kau rambut panjang, pakaian kau pun macam perempuan lagi cantik. Btw, nama?"

"Nama aku zafirah, tapi orang kat sini panggil aku zaf, nampak macam lelaki sikitkan, " balasnya.

"Ouh, kau tak nak tanya ke nama aku apa?" Soal udai.

"Udai, aku dah tahu. Aku rasa semua orang kenal kau kut." Kata kata zafirah tadi benar benar menyebabkan buku romanya menaik. Sampai macam tu sekali gosip tadi?

"Nope, kau terkenal dah lama dikalangan lelaki. Alah, biasa lah kau kan cantik."

'Eh, dia ada magic ke apa? Boleh baca fikiran orang?' Serunya dalam hati.

"Aku takda magic apapun" balas zafirah selamba.

Udai tersentak. Dia hanya menghadiahkan sebuah sengihan.

"Eh, macam mana kau boleh ada kat sini?" Tanya udai ingin kepastian.

"Aku tadi panas, jadi aku nak ambik angin. Aku saja jalan jalan kat sini. Pastu nampak kau." Terang zafirah.

"Ouh,"

Misteri CintaWhere stories live. Discover now