Tak pernah terlintas perkataan cerai itu ku dengari dengan kedua belah telingaku. Paling tidak ku jangka perkataan itu dilontarkan oleh aku sendiri.
Aku yang mahukan perpisahan ini.
Akan ku cuba sedaya upaya untuk mendoakan kebahagianmu.
Akan ku cuba untuk teruskan hidup tanpamu.
Moga kau bahagia dengan pilihan hatimu. Moga kau dapat membina keluarga impianmu bersama si dia.
Kerana aku, tidak mampu menunaikan keinginanmu.
Selamat tinggal, lelaki yang suatu ketika dahulu menjadi kebahagiaanku.
Jodoh kita... terhenti di sini.
-Noor Sahara
• • •
Ramai yang kata kebahagiaan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Tapi semuanya memerlukan wang bukan?
Manis di mulut sahaja mendengar kata-kata wanita yang kononnya rela hidup susah senang bersama lelaki yang dicintainya.
Akhirnya aku dipergunakan.
Akhirnya kepercayaanku dipermainkan.
Aku jejaka yang memiliki segala-galanya.
Harta, wang ringgit, pangkat tidak lagi menjadi masalah buatku. Apa sahaja akan mampu ku miliki.
Kecuali kekosongan hati yang masih belum dapat diisi.
-Qaisar Zuhayr
YOU ARE READING
Menagih Kasih Darimu
Romance"Kau memang tak gunakan?" Itulah yang keluar daripada mulut Noor Sahara tatkala melihat kemesraan suaminya bersama wanita lain di depan matanya sendiri. Sudah tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan rezeki anak. Hatiny...