2 5

101 7 0
                                    

Badannya direbahkan di atas sofa, kepalanya dipicit. Dirinya amat rungsing memikirkan Maya yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.

"Cukup, Maya. Apa lagi yang awak nak dari saya? Berapa banyak kali lagi saya nak beritahu yang saya tak akan kembali pada awak. Saya bahagia dengan isteri saya!" Semakin tinggi nada suara Qaisar yang sudah tidak tahan dengan kehadiran semula bekas teman wanitanya ini.

"Tapi awak tak nakkan yang berita tentang isteri awak tersebar? Isteri Qaisar Zuhayr ialah seorang janda anak satu. Paling mengejutkan dia adalah anak perempuan Tan Sri Mursyid yang identitinya dirahsiakan selama ini. Boleh jadi tajuk utama gossip mingguankan?"

Qaisar terkedu. Tekaknya terasa kering.

"Maya. Please. Anything but not my wife."

"Awe, sweetnya. But I want you and you only."

Qaisar melepaskan keluhan. Sungguh berat untuk dia mengujarkan kata-kata ini. "Apa yang awak nak sebenarnya?"

"Babe! I baru cakap tadi, I want you!"

"No! Never!"

"Then, you will regret this!"

Qaisar terdiam sejenak.

Tanpa dia sedar ada susuk tubuh yang mengambil tempat di sebelahnya. Secawan air teh o ais dihulurkan ke arahnya membuatkan dirinya sedar dari lamunan.

"Sayang ada apa-apa masalah ke nak cerita dekat saya?" Sahara seakan dapat membaca raut wajah suaminya itu.

"No, my love. Everything is fine." Segaris senyuman cuba dilemparkan oleh Qaisar namun Sahara tahu ada sesuatu yang disembunyikan oleh suaminya itu.

Qaisar meneguk air yang diberikan oleh isterinya untuk menghilangkan dahaga. Sebelah tangannya dicapai oleh Sahara membuatkan pandangan Qaisar kembali kepada isterinya.

"Saya ni isteri awakkan? Kalau awak ada masalah atau apa-apa yang merungsingkan jiwa raga awak, sayang boleh ceritakan semuanya pada saya," pujuk Sahara.

Qaisar hanya terdiam, dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal ini kepada isterinya. Baginya masalah ini disebabkan oleh dirinya sendiri dan dia sendiri ingin membetulkan keadaan tanpa meresahkan isterinya.

Pegangan tangan Sahara dibalas dengan Qaisar erat.

"Saya tahu, my love. But I can hande this myself. Perkara remeh je,"

"So betullah awak ada masalah? Remeh pun ceritalah dekat saya. Sekurang-kurangnya lapanglah dada awak tu,"

"Masalah kecil je, my love. Dalam dua tiga hari ni selesailah."

Sahara hanya membalas dengan anggukan lemah. Dalam hatinya terbit rasa terkilan kerana dia merasakan suaminya masih tidak benar-benar mempercayainya sebagai isteri.

"Tak apalah kalau awak tak nak cerita. Jom kita makan malam. Hari ni saya masak lauk kesukaan awak."

Sahara bangun dari duduknya dan menghulurkan tangannya ke arah Qaisar. Jejaka itu menyambut hulur tersebut dan tangan mereka bertaut menuju ke meja makan.

"Lauk kesukaan saya? Kari ikan Patin?"

"Ya lah."

"Mana awak tahu, my love?"

"Saya tanya umi lah, umi ada call tadi tanya khabar," beritahu Sahara sambil dia mencedokkan nasi ke atas pinggan yang berada di hadapan suaminya.

"Oh ya? Umi dah rindu dengan menantu dialah tu,"

"Walid tu yang sebenarnya nak call, dia dah rindu sangat dengan Fiyadh. Walid dah ajak kita balik hujung minggu ni, kalau tak dia yang nak datang sini."

Menagih Kasih DarimuWhere stories live. Discover now